Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelbagai kesalahan dikesan dalam Ops Khas kenderaan komersial di Mukah
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelbagai kesalahan dikesan dalam Ops Khas kenderaan komersial di Mukah

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMERIKSAAN… JPJ Negeri Sarawak melalui JPJ Cawangan Mukah menjalankan Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan melalui rondaan penguatkuasaan di sekitar kawasan Mukah.

MUKAH: Sebanyak 180 kenderaan telah diperiksa dapam Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan melalui rondaan penguatkuasaan di sekitar kawasan Mukah.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak menerusi kenyataan di Facebooknya memberitahu, operasi tersebut dijalankan oleh JPJ Cawangan Mukah, bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya terus diperkukuh serta meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya secara keseluruhan.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, termasuk pemandu yang tidak memiliki lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan yang boleh mendatangkan risiko keselamatan,” kata kenyataan itu.

JPJ Sarawak melalui setiap peringkat cawangan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang masih mengabaikan peraturan. 

“Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua, dan sebarang pelanggaran undang-undang tidak akan diberi ruang. JPJ akan kekal komited dalam memastikan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan berdisiplin,” menurut kenyataan itu lagi.

Oleh AKUN GIMAN

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kalaka komited perkasa pendidikan dan sukan
Next: MTL: Bomba pantau paras air di Jalan Jubli Mutiara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.