Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelawat cilik didedah ilmu bomba dalam lawatan ke BBP Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelawat cilik didedah ilmu bomba dalam lawatan ke BBP Bintangor

Utusan Sarawak 3 days ago

BINTANGOR: Seramai 68 warga Tadika Ria, terdiri daripada 64 kanak-kanak dan empat guru pengiring, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, semalam.

Menurut Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, lawatan bermula pada 9.20 pagi itu, berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

“Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah kami sediakan sepanjang lawatan, bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Antara pengisian program termasuk ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, latihan “Berhenti, Rebah dan Guling”, demonstrasi penggunaan salur bantu mula, latihan tatacara pengendalian kebakaran di dapur, dan demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan kekili hos.

Selain itu, peserta turut berpeluang menaiki jentera bomba dan menyaksikan pameran jentera bomba, yang ternyata mengujakan para pelawat cilik.

“Program sebegini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada kanak-kanak, malah mendidik mereka mengenai tindakan yang perlu diambil ketika berdepan situasi kecemasan,” tambah Mahmudin.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Utamakan keselamatan sempena sambutan Gawai
Next: RTP terus utamakan kemudahan asas luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.