Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PELASAR fokus perkasa warisan, ekonomi komuniti luar bandar
  • WILAYAH

PELASAR fokus perkasa warisan, ekonomi komuniti luar bandar

Utusan Sarawak 4 days ago
PELASAR….Program bertajuk ‘Crafting Futures: Heritage Handicraft and Garment Crafting Empowerment for Lubok Antu’ itu dijadual berlangsung di Rumah Panjang Selindong Ulu, Tr Rimong, baru-baru ini.

LUBOK ANTU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Asal Lubok Antu, Engkilili, Skrang (PELASAR) akan melancarkan satu program pembangunan komuniti berfokuskan kraf tangan warisan dan pakaian tradisional.

Program ini adalah hasil kerjasama dengan Kumpulan Parlimen Rentas Parti Malaysia untuk Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG) serta Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA).

Selain itu, program tersebut bertajuk ‘Crafting Futures: Heritage Handicraft and Garment Crafting Empowerment for Lubok Antu’ dijadual berlangsung di Rumah Panjang Selindong Ulu, Tr Rimong, baru-baru ini.

Majlis yang dijadual berlangsung dari 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari itu telah menghimpunkan antara 50 hingga 100 peserta termasuk komuniti setempat, jurulatih kraf tangan serta tetamu jemputan.

PELASAR….Program bertajuk ‘Crafting Futures: Heritage Handicraft and Garment Crafting Empowerment for Lubok Antu’ itu dijadual berlangsung di Rumah Panjang Selindong Ulu, Tr Rimong, baru-baru ini.

Program ini bertujuan memperkasakan masyarakat luar bandar melalui pendedahan kepada kemahiran kraf tangan, anyaman tradisional dan penghasilan produk kreatif yang berpotensi menjana ekonomi tempatan.

Pelancaran itu menjadi langkah pertama untuk mengangkat potensi kraf tangan dan anyaman sebagai sumber pendapatan komuniti Lubok Antu.

Presiden PELASAR menegaskan bahawa masyarakat perlu berbangga dengan warisan budaya yang dimiliki sambil memanfaatkan kemahiran tersebut bagi memperkukuh ekonomi keluarga dan komuniti.

Sementara itu, inisiatif berkenaan membuktikan budaya bukan sahaja warisan yang perlu dijaga, tetapi juga peluang ekonomi yang boleh dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan akan datang.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penutupan jalan Lapangan Terbang Lama sempena pembukaan reruai penjaja BIKF 2025
Next: Program Jiwa Komuniti MADANI rai Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.