Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelarasan gaji Fasa 2 SSPA dibayar 22 Januari – JPA
  • NASIONAL

Pelarasan gaji Fasa 2 SSPA dibayar 22 Januari – JPA

Utusan Sarawak 10 hours ago

KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bakal menerima pelarasan gaji Fasa 2 di bawah sistem itu, pada pembayaran gaji bagi bulan Januari 2026 dengan kenaikan dikira berdasarkan gaji akhir 31 Disember 2025.

Timbalan Pengarah Dasar Gaji Bahagian Gaji dan Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mohd Shahir Shaari berkata walaupun pelarasan gaji baharu berkuat kuasa pada 1 Januari, pembayaran hanya akan dibuat pada 22 Januari yang merupakan hari gaji bagi bulan berkenaan.

Beliau berkata pelarasan gaji Fasa 2, kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024 dengan kadar 15 peratus untuk Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P), serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).

“Yang akan datang ini, penjawat awam (Kumpulan P&P), akan menerima (lagi) tujuh peratus, manakala KPT akan menerima pelarasan sebanyak tiga peratus (lagi),” katanya dalam program audio siar, “Kenaikan Gaji SSPA 2.0: Apa Perlu Pegawai Awam Tahu” yang disiarkan di Facebook dan YouTube JPA, hari ini.

Pada fasa satu pelarasan gaji, kumpulan P&P telah menerima kenaikan lapan peratus, manakala KPT empat peratus yang dibayar pada Disember 2024.

Mohd Shahir berkata mereka yang tidak memilih SSPA serta tidak lagi berada dalam perkhidmatan kerajaan pada 1 Januari tahun depan, sama ada kerana bersara atau ditamatkan perkhidmatan sebelum tarikh tersebut, tidak layak menikmati pelarasan gaji tersebut.

“Bagaimanapun, untuk pegawai yang bersara pada 1 Januari, hari terakhirnya (berkhidmat) ialah pada 31 Disember. Jadi, 1 Januari (tahun hadapan) bukan hari terakhir dalam perkhidmatan…dia tidak dapat pelarasan gaji sebaliknya akan dapat pelarasan pencen.

“Untuk pegawai yang meninggal dunia pada 1 Januari dan tarikh itu merupakan hari terakhirnya dalam perkhidmatan, kita akan berikan pelarasan gaji pada 1 Januari dan kemudiannya akan buat pelarasan pembayaran pencen pada pewaris,” katanya. 

Selain itu, beliau berkata penjawat awam yang menerima markah penilaian prestasi tahunan kurang daripada 75 peratus di bawah sistem MyPERFORMANCE, tidak akan terjejas daripada menerima kenaikan gaji pada bulan depan.

Beliau menegaskan syarat utama untuk menerima pelarasan gaji Fasa 2 ialah penjawat awam mestilah menerima memilih skim SSPA dan berada dalam perkhidmatan awam pada 31 Disember tahun ini dan 1 Januari 2025.

“Pelarasan gaji tidak ada kaitan secara langsung dengan (penilaian prestasi) MyPERFORMANCE. (Yang akan terkesan) cuma dari segi pergerakan gaji tahunan. Markah minimum yang perlu dicapai untuk pegerakan gaji tahunan ialah 75 peratus.

“Jadi, penjawat awam pastikanlah untuk mendapatkan 75 peratus (bagi penilaian prestasi di bawah MyPERFORMANCE). Jadi, penjawat awam (akan dapat menerima manfaat) pelarasan gaji Fasa 2 dan pergerakan gaji tahunan pun akan dapat juga,” katanya.

Menyentuh mengenai ketetapan kalkulator SSPA  yang digunakan penjawat awam sejak pengumuman pelarasan gaji di bawah sistem SSPA dibuat, beliau berkata ia boleh digunakan sebagai rujukan umum, namun pengesahan sebenar, berdasarkan rekod perkhidmatan dan gaji dalam buku perkhidmatan masing-masing. 

Beliau turut menasihatkan penjawat awam untuk merujuk sumber sahih seperti jabatan masing-masing atau JPA, bagi mendapatkan maklumat tepat selain turut mengingatkan kakitangan awam agar meningkatkan prestasi dan mempamerkan kecekapan hasil kerja lebih baik berbanding sebelum ini.

“Bila kerajaan dah pertimbangkan kenaikan gaji, kita sebagai penjawat awam juga ada tanggungjawab. (Kita) mestilah menaikkan produktiviti kita, lebih bersemangat dan sebagainya,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2024 semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat Kebangsaan di Putrajaya, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember 2024, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.- Bernama

Continue Reading

Previous: 805,509 OKU berdaftar di Malaysia pada 2024, mewakili 2.4 peratus penduduk – DOSM
Next: 20 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar selamat dibawa pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.