Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelantikan KMKK amanah besar terus jadi jambatan antara rakyat dan kerajaan
  • Utara
  • WILAYAH

Pelantikan KMKK amanah besar terus jadi jambatan antara rakyat dan kerajaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
LANTIKAN semula Temggong Joseph Ngau Lian sebagai Temenggong kuam Kenyah Bahagaian Miri.

LONG LAMA: Seramai empat Ketua Masyarakat dan 39 Ketua Kaum menerima pelantikan semula bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu dalam usaha memastikan kesinambungan kepimpinan akar umbi terus diperkukuh.

Sementara itu, seramai 13 Ketua Kaum baharu turut dilantik bagi kawasan DUN Telang Usan dan Mulu.

Majlis penyerahan sijil pelantikan disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Penyerahan sijil pelantikan berkenaan disempurnakan di Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama, sempena Program Randau Pembangunan (Townhall) Siri 3, di sini, semalam.

Menurut Gerawat, program randau seperti ini amat penting kerana menjadi platform komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.

“Di sinilah kita membincangkan hala tuju pembangunan, mengenal pasti cabaran diperingkat akar umbi serta memastikan setiap dasar kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat” katanya.

Menurut beliau pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) merupakan satu tanggungjawab besar yang digalas oleh barisan kepimpinan masyarakat di peringkat

kampung dan rumah panjang bagi kawasan Telang Usan.

Beliau mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua KMKK yang dilantik semula serta menerima lantikan baharu.

Tambahnya, pelantikan itu bukan sekadar satu pengiktirafan, sebaliknya amanah besar untuk terus menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan.

Jelas beliau, KMKK merupakan tulang belakang pentadbiran di peringkat akar umbi, memainkan peranan penting dalam menjaga keharmonian komuniti, menyelesaikan isu setempat serta memastikan setiap program dan inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Beliau berkata jasa mereka yang telah menabur bakti dengan penuh dedikasi tidak dilupakan.

Katanya, bekas Ketua Kaum dan Penghulu turut diberikan penghargaan atas khidmat mereka, iaitu Penghulu Wan Ngau Lah, Ketua Kaum Sura Langat, Ketua Kaum Adam Emang dan Ketua Kaum Dennis Bujang.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemuda PBB Sarawak tingkatkan peranan masjid, surau sebagai pusat penyatuan ummah
Next: Perpaduan, kepimpinan stabil tunjang Sarawak capai status maju 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.