Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dilanjut hingga hujung tahun
  • TEMPATAN

Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dilanjut hingga hujung tahun

Utusan Sarawak 9 hours ago
SERAMAI 28 KMKK menerima sijil pelantikan semula manakala dua daripadanya merupakan pelantikan baharu pada penyerahan sijil pelantikan KMKK bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di Pejabat Daerah Sibu, hari ini.

SIBU: Pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi tempoh setahun sangat penting menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, selaras dengan arahan Premier Sarawak, pelantikan KMKK telah dilanjutkan bagi memastikan kesinambungan peranan kepimpinan masyarakat sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat.

“Selaras dengan arahan Premier Sarawak, pelantikan ketua masyarakat dan ketua kaum telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

“Ini menjadikan tahun berkenaan satu tahun yang istimewa kerana Sarawak akan menghadapi Pilihan Raya Negeri,” katanya pada majlis penyerahan sijil pelantikan KMKK bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di Pejabat Daerah Sibu, hari ini.

Seramai 28 KMKK menerima sijil pelantikan semula pada majlis berkenaan, manakala dua daripadanya merupakan pelantikan baharu.

Pelantikan tersebut melibatkan lima Ketua Masyarakat terdiri daripada Pemanca dan Penghulu serta 25 Ketua Kaum merangkumi Kapitan dan Tuai Rumah, dengan dua daripadanya dilantik buat kali pertama.

Majlis penyerahan sijil itu disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi, Mohamad Afiq Abang Zainudin, mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee, serta disaksikan oleh Abang Mohamad Porkan.

Menurut Abang Mohamad Porkan, pelantikan tersebut bukan sekadar pengesahan jawatan, malah mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap keupayaan KMKK untuk terus memimpin masyarakat di peringkat kampung, rumah panjang dan kawasan perumahan yang diwartakan.

Justeru, beliau menasihati semua KMKK agar melaksanakan tugas dengan penuh integriti, ketelusan dan keadilan tanpa mengira latar belakang politik, selaras dengan peranan mereka sebagai penjawat awam atau individu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

“Kita tidak memihak kepada mana-mana pihak. Tanggungjawab kita adalah menyokong dan melaksanakan dasar kerajaan Sarawak yang sah secara profesional demi kestabilan dan kelancaran pentadbiran,” katanya.

Beliau turut mengingatkan KMKK agar sentiasa bersikap terbuka, bersedia membantu masyarakat dan tidak menyusahkan rakyat dalam urusan pengesahan dokumen, khususnya berkaitan pendidikan dan kebajikan.

“Jawatan ini bukan untuk meninggikan diri atau menunjukkan kuasa, tetapi untuk berkhidmat kepada rakyat,” tegasnya.

Selain itu, beliau menekankan sokongan berterusan terhadap kepimpinan kerajaan Sarawak dalam memperjuangkan hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya berkaitan hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gas.

“Kita tidak perlu berpecah-belah, sebaliknya harus bersatu menyokong kepimpinan negeri demi mempertahankan hak Sarawak untuk kepentingan rakyat,” ujarnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Bazar Tahun Baharu Cina Taman Kenyalang kekal platform utama ekonomi komuniti
Next: Pusat Teratak Kasih Tok Nan perkukuh jaringan sokongan HIV di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.