Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelantikan Ahli Parlimen PBB sebagai ketua cawangan perkukuh kekuatan GPS
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelantikan Ahli Parlimen PBB sebagai ketua cawangan perkukuh kekuatan GPS

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA PBB Cawangan Repok, Ahmad Johnie Zawawi berucap semasa majlis ramah tamah Aidilfitri bersama pemimpin, di Dewan Serbaguna Kampung Baru Seberang Sarikei, semalam.

SARIKEI: Pelantikan Ahli Parlimen daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai ketua cawangan PBB di beberapa kawasan mencerminkan keprihatinan kepimpinan negeri dalam memperkukuh parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata Ahli Parlimen Igan yang juga Ketua PBB Cawangan Repok, Ahmad Johnie Zawawi.

Katanya, beliau telah dilantik untuk menjadi ketua PBB Cawangan Repok.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Igan ada dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah saya iaitu N43 Daro dan N44 Jemoreng.

“Apabila saya memikirkan sebab saya dipilih oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Cawangan PBB Repok, saya merasakan pemilihan ini menunjukkan keprihatinan beliau yang tinggi terhadap kekuatan parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS), termasuk PBB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah tamah Aidilfitri bersama pemimpin, di Dewan Serbaguna Kampung Baru Seberang Sarikei, semalam.

Katanya, pelantikan tersebut membuktikan kepimpinan negeri memberi perhatian serius terhadap kekuatan GPS di peringkat akar umbi bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara.

AHMAD Johnie menyerahkan cenderamata kepada Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

“Sebagai tanda keprihatinan itu, kami ahli parlimen telah diberi amanah sebagai ketua cawangan.

“Saya di Repok, dan rakan-rakan saya yang lain turut memegang peranan sebagai ketua cawangan di kawasan masing-masing.

“Ini jelas menunjukkan betapa Premier Sarawak menitikberatkan pengukuhan dan penjagaan parti,” katanya

Dalam pada itu, Ahmad turut menekankan bahawa nilai mengenang budi merupakan prinsip penting dalam kehidupan bermasyarakat yang perlu terus dipupuk dalam kalangan rakyat.

“Bukan sahaja dalam masyarakat Melayu kita orang Islam, tetapi sesiapa sahaja…kita ini adalah orang yang mengenang budi.

“Sebab itu, kerana kita mengenang budilah, kita sentiasa dihargai dan dihormati,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa walaupun kepimpinan silih berganti, kerajaan GPS akan terus komited menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sarawak secara berterusan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pustaka Miri anjur ceramah Sarawakiana angkat nilai cerita rakyat
Next: Kestabilan politik Sarawak pacu pembangunan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.