Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelancongan domestik, serantau kekal berdaya tahan meskipun tekanan global – MATTA
  • NASIONAL

Pelancongan domestik, serantau kekal berdaya tahan meskipun tekanan global – MATTA

Utusan Sarawak 4 hours ago
PELANCONGAN domestik, serantau kekal berdaya tahan meskipun tekanan global. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Pelancongan domestik dan serantau terus menunjukkan daya tahan meskipun tekanan kos global dan ketidakpastian geopolitik, disokong oleh permintaan kukuh dan tempahan perjalanan yang telah dibuat sebelum ini. 

Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong berkata, pelancongan di Malaysia dan rantau ASEAN kekal kukuh, walaupun peningkatan kos bahan api ekoran krisis tenaga global yang memberi kesan kepada perjalanan jarak jauh.

Beliau berkata, terdapat permintaan kukuh terhadap pelancongan domestik dengan maklum balas ahli menunjukkan bahawa destinasi di seluruh Asia Tenggara dan rantau Asia terus mencatatkan prestasi yang baik.

Tempahan sedia ada yang dibuat sebelum ini juga telah membantu mengekalkan aktiviti perjalanan, dengan rakyat Malaysia terus melancong meskipun keadaan yang tidak menentu ketika ini. 

“Buat masa ini, kami okay sahaja. Seperti yang anda dapat lihat orang yang ramai di dewan pameran domestik, permintaan untuk pelancongan domestik masih sangat tinggi.

“Kami berharap konflik ini akan berakhir segera tidak lama lagi dan barulah kami boleh kembali beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Bernama selepas majlis perasmian Pameran MATTA April 2026 kali ke-58, di sini, hari ini.

Wong berkata, harga tiket penerbangan yang turun naik di tengah-tengah ketegangan yang berterusan di Asia Barat telah menjejaskan keseluruhan kos perjalanan, terutamanya untuk laluan jarak jauh yang melibatkan Eropah melalui rantau itu.

“Selagi krisis di Asia Barat berterusan, kita jangkakan kos, bukan sahaja tiket penerbangan, malah pengangkutan darat akan meningkat disebabkan kenaikan harga bahan api.

“Tetapi kami perhati banyak syarikat penerbangan Malaysia berusaha mengekalkan harga mereka pada tahap rendah buat masa ini. Bagaimanapun, ia juga bergantung kepada permintaan. Jadi tempah tiket seawal mungkin untuk mendapatkan kadar termurah,” katanya.

Beliau juga menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyokong pelancongan domestik, dengan menyatakan asas pelancongan tempatan yang kukuh akan memacu inovasi, menambah baik infrastruktur dan meningkatkan kualiti perkhidmatan, seterusnya memberi manfaat kepada kedatangan masuk pelancongan.

Pameran MATTA ke-58 yang berlangsung dari 3 hingga 5 April merupakan edisi terbesarnya setakat ini, menampilkan 2,051 reruai dan 332 organisasi yang mengambil bahagian, termasuk 210 agensi pelancongan serta badan pelancongan kebangsaan dan negeri, hotel, taman tema dan penyedia perkhidmatan. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Persiapan haji 2026 berjalan lancar, ikut perancangan – Dr Zulkifli
Next: ​TDM perkukuh kehadiran pastikan sempadan negara terpelihara, terkawal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.