Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pelancong Malaysia selamat selepas terapung ketika snorkel di Pulau Gili Lawa
  • GLOBAL

Pelancong Malaysia selamat selepas terapung ketika snorkel di Pulau Gili Lawa

Utusan Sarawak 21 hours ago

Amirah (tengah) berjaya diselamatkan agensi mencari dan menyelamat nasional Indonesia (Basarnas) selepas dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti snorkel di perairan Pulau Gili Lawa, Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada Ahad - Foto: DetikBali

JAKARTA: Seorang pelancong Malaysia yang dihanyutkan arus deras ketika melakukan aktiviti snorkel di perairan Pulau Gili Lawa, Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, ditemukan selamat pada Ahad.

Dalam video yang dikeluarkan oleh agensi mencari dan menyelamat nasional Indonesia (Basarnas), Amirah Bazil, 35, dilihat memberi isyarat meminta pertolongan dari kawasan perairan cetek berhampiran Gili Lawa sebelum dibantu naik ke bot penyelamat.

“Beliau sedang melakukan aktiviti snorkel bersama rakan-rakan pada awal pagi Ahad sebelum terpisah daripada kumpulan akibat arus deras,” kata Ketua Basarnas Maumere, Fathur Rahman dalam kenyataan.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gabungan segera digerakkan dari Pos SAR Manggarai Barat selepas menerima laporan kejadian sekitar 6.45 pagi waktu tempatan.

Namun sebelum pasukan penyelamat tiba, sebuah bot laju yang melalui kawasan berkenaan, Fenides, mengesan Amirah berhampiran pantai dan membawanya ke bot Sea More Papua – bot yang menjadi hos kepada trip menyelam mereka.

“Beliau ditemukan dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tersenyum apabila pasukan kami tiba di bot berkenaan. Beliau merancang untuk meneruskan percutian di kawasan Labuan Bajo,” tambah Fathur.

Pihak berkuasa memuji tindakan pantas yang berjaya menyelamatkan mangsa hasil kerjasama antara pasukan SAR dan kru bot tempatan yang beroperasi di kawasan berkenaan.

Labuan Bajo yang terletak dalam kawasan Taman Negara Komodo terkenal sebagai destinasi selam skuba dengan airnya yang jernih dan arus laut yang kuat.

Ini merupakan kejayaan operasi penyelamatan kedua membabitkan rakyat Malaysia bulan ini, selepas seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan pada Jumaat lalu selepas tergelincir ketika menuruni Danau Segara Anak di Gunung Rinjani, Lombok, Nusa Tenggara Barat.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Hujan monsun ragut 45 nyawa dalam empat hari di seluruh Pakistan
Next: Musim mendaki Gunung Fuji bermula dengan peraturan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.