Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pelancaran treler terbaharu Monsta raih sokongan global
  • HIBURAN

Pelancaran treler terbaharu Monsta raih sokongan global

Utusan Sarawak 1 day ago


KUALA LUMPUR: Treler terkini siri baharu animasi Mechamato, BoBoiBoy dan Papa Zola The Movie meraih sambutan hangat peminat antarabangsa yang membanjiri ruangan komen di pelbagai platform media sosial.

Menurut Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta), reaksi peminat antaranya daripada Indonesia, India, Jepun, China dan beberapa negara lain menunjukkan bahawa animasi Monsta semakin mendapat tempat di hati penonton dari seluruh dunia.

Dalam treler itu, Monsta mengumumkan perjalanan untuk para peminat bakal bermula 6 September ini dengan tayangan Mechamato Musim 4 di YouTube Monsta Channel dan Netflix.

Sebanyak 13 episod akan ditampilkan yang antara lain memaparkan Amato dan MechaBot berdepan cabaran terbesar termasuk berdepan robot berbahaya dari sebuah penjara angkasa.

“Seterusnya, pada 18 Oktober, BoBoiBoy Galaxy Baraju akan dilancarkan dengan enam episod baharu di YouTube Monsta Channel dan Netflix. Siri ini membawa BoBoiBoy ke kancah pergelutan antara dua pihak yang bakal menguji kesetiaan serta ketabahannya. 

“Siri ini adalah susulan arka BoBoiBoy Galaxy Gentar tahun lalu yang mendapat sambutan hangat daripada para peminat,” menurut Monsta dalam kenyataan.

Monsta memaklumkan kemuncak untuk para peminat animasi tahun ini adalah pada Disember dengan tayangan Papa Zola The Movie di pawagam seluruh negara yang merupakan hasil kerjasama Monsta dan Astro Shaw.

Menurut Monsta, promosi filem itu turut merangkumi pelbagai tontonan dan aktiviti istimewa seperti Papa Pipi Shorts, kandungan eksklusif di sebalik tabir, kolaborasi bersama jenama-jenama utama, barangan rasmi Monsta dan siri jelajah sekolah.

“Bagi mengukuhkan momentum ini, Monsta melancarkan #MonstaHypetrain, satu kempen yang akan menyajikan peminat dengan animasi tanpa henti dari September hingga Disember,” menurut syarikat animasi itu.– Bernama

Continue Reading

Previous: ‘A Night of Jazz with the MPO’ hidupkan nostalgia di DFP 4 Okt ini
Next: Filem mega-hit China Ne Zha II tampilkan Michelle Yeoh tarik penonton AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.