Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pelancaran Proton Saga Serba Baharu tarik tumpuan di MITEC
  • BISNES

Pelancaran Proton Saga Serba Baharu tarik tumpuan di MITEC

Utusan Sarawak 12 hours ago
RAKAM KENANGAN… Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong, merakam kenangan bersama barisan pengurusan dan tetamu kehormat selepas mengumumkan harga rasmi Proton Saga Serba Baharu pada majlis pelancaran di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Shikin Mahmud

KUALA LUMPUR: Harga rasmi Proton Saga Serba Baharu diumumkan hari ini, dengan rebat pelancaran RM1,000 menjadikan varian Standard 1.5 ditawarkan pada RM37,990, Executive 1.5 pada RM43,990 dan Premium 1.5 pada RM48,990.

Proton Holdings Bhd secara rasmi melancarkan model ikonik ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), menandakan detik penting dalam evolusi sedan nasional itu sejak diperkenalkan pada 1985.

Dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Proton, Saga Serba Baharu menggunakan platform Seni Bina Modular Lanjutan (AMA) baharu dengan seni bina elektronik generasi terkini, membolehkan integrasi ciri pintar serta teknologi pemanduan autonomi masa depan.

SAGA SERBA BAHARU… Proton Saga Serba Baharu yang dibina atas platform Seni Bina Modular Lanjutan (AMA) tampil dengan reka bentuk segar, ciri pintar generasi baharu dan sistem keselamatan dipertingkat, menjadi tarikan utama pada pelancaran rasmi di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong menegaskan pelancaran ini membuktikan kebolehan jurutera tempatan dan kematangan teknologi Proton sejak kerjasama dengan Geely pada 2017.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kementerian, agensi kerajaan, kerajaan negeri serta barisan kepimpinan terdahulu Proton atas sokongan berterusan.

“Segala kejayaan Proton hari ini berdiri di atas usaha mereka yang datang sebelum kita. Kami berdiri di bahu tokoh-tokoh hebat yang telah membina asas selama lebih 40 tahun,” katanya.

Saga Serba Baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium dengan lima pilihan warna menarik.

HARGA RASMI DIUMUM… Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong mengumumkan harga rasmi Proton Saga Serba Baharu dengan tiga varian ditawarkan pada majlis pelancaran di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Proton

Model ini dilengkapi enjin 1.5L i-GT bersama transmisi CVT baharu, sistem stereng berkuasa elektrik (EPS) dan talaan pengendalian Proton yang mantap, menawarkan penggunaan bahan api serendah 4.9L/100 km (MDC).

Aspek keselamatan dipertingkat melalui Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 1 dengan sembilan fungsi termasuk AEB, FCW, RCTA, LDW dan LCA, disokong enam beg udara serta struktur badan RESS dengan teknologi Pembentukan Tekan Panas (HPF).

Kabin hadir dengan dwi-skrin 16 inci bersepadu menyokong Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar, lampu utama automatik, Follow-Me-Home serta pelarasan lampu utama.

Rekaan luaran menampilkan gril motif Sulaman Songket, lampu utama LED projektor penuh dan bar lampu belakang LED.

SAGA SERBA BAHARU… Proton Saga Serba Baharu yang dibina atas platform Seni Bina Modular Lanjutan (AMA) tampil dengan reka bentuk segar, ciri pintar generasi baharu dan sistem keselamatan dipertingkat, menjadi tarikan utama pada pelancaran rasmi di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Pelancaran hari ini turut menyaksikan sesi bergambar bersama barisan kepimpinan Proton dan wakil jualan, selain menerima sambutan hangat daripada tetamu dan pengunjung.

Proton juga mengumumkan kempen promosi nasional merangkumi kolaborasi media, kandungan digital dan siaran langsung bagi mengetengahkan naratif pembangunan Saga Serba Baharu kepada rakyat Malaysia.

SAGA SERBA BAHARU… Proton Saga Serba Baharu yang dibina atas platform Seni Bina Modular Lanjutan (AMA) tampil dengan reka bentuk segar, ciri pintar generasi baharu dan sistem keselamatan dipertingkat, menjadi tarikan utama pada pelancaran rasmi di MITEC, Kuala Lumpur, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Dengan pemilikan sepenuhnya hak harta intelek platform AMA, Proton optimis Malaysia mampu muncul sebagai hab kejuruteraan serantau dalam ekosistem Geely untuk pembangunan model masa depan.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Sektor minyak sawit kekal stabil menjelang 2026, MSM diniagakan lebih RM4,000 satu tan – Johari
Next: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.