
KUCHING: Suasana di Main Atrium Plaza Merdeka hari ini bertukar meriah apabila Kuching City FC (KCFC) melancarkan jersi terbaharu mereka bagi musim 2025/2026, disaksikan ratusan peminat setia pasukan.
Pelancaran itu disempurnakan secara simbolik oleh Pengerusi KCFC, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, sebagai tanda sokongan terhadap perkembangan bola sepak tempatan dan hubungan erat kelab bersama penyokong.
Jersi edisi baharu ini merupakan hasil kerjasama berterusan antara KCFC, Lea Sports Centre (LSC) dan jenama Sport Streets (SS) yang terus menjadi penaja rasmi kelengkapan pasukan.
Kemunculan beberapa pemain utama KCFC turut mencuri tumpuan, apabila peminat tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan beramah mesra.
Oleh Masrin Affirah