Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pelaksanaan subsidi RON95 ambil kira ekonomi semasa – Hanifah Hajar
  • BISNES

Pelaksanaan subsidi RON95 ambil kira ekonomi semasa – Hanifah Hajar

Utusan Sarawak 13 hours ago
TIMBALAN Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib bercakap semasa sidang media selepas pelancaran lembut WE2025: Future in Motion – Women in Trade. Kepimpinan. Pelaburan. di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dalam membuat sebarang keputusan mengenai pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

Beliau berkata keputusan itu juga memerlukan pertimbangan teliti di peringkat Jemaah Menteri, termasuk mengambil maklum balas daripada kementerian-kementerian berkaitan.

“Kita perlu melihat (dahulu) keadaan ekonomi dan apa dicadangkan akan dibentangkan di peringkat Kabinet terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran WE2025: Future in Motion, hari ini.

Hanifah Hajar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan berkaitan penyasaran semula subsidi RON95 yang dijangka dilaksanakan pada pertengahan tahun ini.

Usaha itu kini dalam fasa akhir merangka sistem penyasaran yang adil dan berkesan bagi memastikan pelaksanaannya mencapai objektif ditetapkan.

Pada Mac lepas, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata mekanisme pelaksanaan penyasaran itu sedang diperhalusi dan akan melibatkan harga dua peringkat dengan kemungkinan menggunakan sistem MyKad.

Amir Hamzah berkata kerajaan juga tidak mahu membuat sebarang prapengumuman mengenai pelaksanaannya pada masa ini dan dijangka mengumumkannya selepas tempoh separuh pertama 2025.– Bernama

Continue Reading

Previous: RH perkukuh peranan dalam pembangunan negara
Next: Sektor perkhidmatan Malaysia meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.