Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelaksanaan SARA capai jualan RM106.1 juta dalam lima hari
  • SEMASA

Pelaksanaan SARA capai jualan RM106.1 juta dalam lima hari

Utusan Sarawak 17 hours ago
ORANG ramai membeli keperluan harian menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ketika tinjauan di pasar raya hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Hari kelima pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM106.1 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat 9.30 malam tadi.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.5 peratus, selaras dengan prestasi yang dicatatkan semalam.

“Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang empat hari lepas telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang dicapai pada hari ini,” menurut kenyataan itu.

ORANG ramai membeli keperluan harian menggunakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ketika tinjauan di pasar raya hari ini. Foto Bernama

Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos lepas, lebih 6.6 juta rakyat atau 30 peratus daripada jumlah penerima telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit SARA dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM425.2 juta di seluruh negara.

Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah hingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.

Penghargaan SARA merupakan pemberian sekali beri sebanyak RM100 kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas yang diumumkan kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Inisiatif itu memberi memanfaat kepada 22 juta rakyat, melibatkan tambahan RM2 bilion, menjadikan peruntukan keseluruhan Sumbangan Tunai Rahman (STR) dan SARA tahun ini mencecah RM15 bilion, tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak kukuhkan ekosistem semikonduktor menjelang 2030
Next: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah hadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.