Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelaksanaan projek di DUN Lingga dipantau rapi
  • Selatan
  • WILAYAH

Pelaksanaan projek di DUN Lingga dipantau rapi

Utusan Sarawak 13 hours ago
Dayang Noorazah semasa mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek DUN Lingga yang diadakan di Wisma SADA baru-baru ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

SIMANGGANG: Mesyuarat Pemantauan Projek Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga yang diadakan di Wisma SADA baru-baru ini memberi tumpuan kepada rumusan laporan pelaksanaan projek oleh setiap agensi pelaksana melibatkan pelbagai kategori.

Ia termasuk projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP), Projek Rakyat, Rancangan Malaysia (RMK), projek kementerian serta inisiatif di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, mesyuarat berkenaan diadakan bagi menilai kemajuan pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Daerah Sri Aman dan Lingga serta memastikan semua inisiatif berjalan mengikut perancangan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut beliau, sesi pemantauan turut membincangkan pelbagai isu di lapangan, termasuk cabaran pelaksanaan dan langkah penambahbaikan bagi memastikan setiap projek dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan.

Dari segi prestasi agensi pelaksana, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sri Aman melaporkan sebanyak 40 projek dengan nilai keseluruhan RM4.5 juta, di mana 9 projek (21.4 peratus) telah siap, manakala 32 projek (76.2 peratus) berjalan mengikut jadual dan satu projek masih dalam perancangan.

Dayang Noorazah semasa mempengerusikan Mesyuarat Pemantauan Projek DUN Lingga yang diadakan di Wisma SADA baru-baru ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

Bagi Projek SADA, sebanyak lima projek bernilai RM102.3 juta dilaksanakan dengan satu projek (20 peratus) berjalan mengikut jadual dan empat projek (80 peratus) dalam perancangan.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) melaporkan pelaksanaan 31 projek RTP bernilai RM860,000, dengan lima projek (16.1 peratus) telah siap, 15 projek (48.4 peratus) mengikut jadual, lima projek (16.1 peratus) dalam perancangan, serta enam projek (19.4 peratus) sedang dalam proses undian kontraktor. 

JKR turut menyenaraikan beberapa projek besar di bawah pelbagai skim termasuk SADA (tujuh projek bernilai RM213 juta), RMK (satu projek bernilai RM18 juta), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) iaitu satu projek bernilai RM39 juta dan CSTR (tujuh projek bernilai RM1.11 bilion).

Bagi Majlis Daerah Sri Aman, sejumlah sembilan projek bernilai RM14.2 juta telah diluluskan, dengan dua projek (22.2 peratus) siap, dua projek (22.2 peratus) dalam perancangan, dan lima projek (55.6 peratus) belum dimulakan.

Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah (LCDA) Sarawak pula melaksanakan tiga projek termasuk projek sambungan Tebingan Lingga Fasa 1 bernilai RM5 juta telah siap, manakala Fasa 2 bernilai RM20.5 juta sedang berjalan. Projek Lingga Service Centre bernilai RM13 juta kini dalam fasa pelaksanaan.

Bagi Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), terdapat enam projek bernilai RM485 juta dengan empat projek (66.7 peratus) telah siap, satu projek (16.7 peratus) mengikut jadual, dan satu projek (16.7 peratus) dalam perancangan.

Sementara itu, Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar melaporkan empat projek bernilai RM240 juta, dengan satu projek (25 peratus) berjalan mengikut jadual dan tiga projek (75 peratus) masih dalam perancangan.

Dayang Noorazah merakamkan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi terlibat atas komitmen mereka dalam melaksanakan projek pembangunan di kawasan DUN Lingga.

“Komitmen padu semua pihak amat penting bagi memastikan setiap projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut masa dan memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mesyuarat pemantauan tersebut dijalankan dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh wakil daripada semua agensi pelaksana yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam di kawasan Lingga.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Perpaduan pemangkin kemajuan Sarawak 
Next: GPS terus perkukuh pembangunan fizikal gereja melalui peruntukan RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.