Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelaksanaan MA63 terus diperkasa, 16 tuntutan pada peringkat rundingan
  • SEMASA

Pelaksanaan MA63 terus diperkasa, 16 tuntutan pada peringkat rundingan

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Baki 16 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih pada peringkat rundingan dengan satu daripadanya dikategorikan selesai secara sebahagian atau interim, manakala dua lagi tuntutan telah mencapai keputusan dasar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata lapan tuntutan lain masih dalam perbincangan dan lima tuntutan lagi dirujuk untuk perbincangan pada peringkat tertinggi.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan pelaksanaan MA63 dilaksanakan secara berhemah, inklusif dan berteraskan semangat Persekutuan Malaysia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) mengenai manfaat langsung yang dijangka dirasai rakyat Sabah dan Sarawak hasil penambahbaikan struktur MA63.

 Mengenai tempoh masa penyelesaian bagi baki tuntutan berkenaan, Mustapha berkata ia tertakluk kepada beberapa faktor utama termasuk perbezaan tafsiran undang-undang antara pelbagai pihak yang terlibat serta proses perundangan yang perlu melalui tempoh panjang.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 13 tuntutan telah selesai antaranya pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sabah dan Negeri Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182).

Selain itu, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1995 bagi melantik wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak sebagai anggota tetap, penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah bagi penjanaan kuasa elektrik, pentadbiran badan kehakiman di Sabah dan Sarawak, serta pindaan Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.

Mustapha berkata komitmen Kerajaan MADANI dalam memartabatkan hak Sabah dan Sarawak terbukti  menerusi keberanian kerajaan dalam melakukan pembaharuan struktur termasuk menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mempercepat proses rundingan dan penyelesaian tuntutan.

Beliau berkata kesungguhan kerajaan terserlah melalui sokongan fiskal yang signifikan dengan peningkatan belanjawan pembangunan 2026 sebanyak RM6.9 bilion dan RM6 bilion, masing-masing kepada Sabah dan Sarawak.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Biro Pendidikan Islam Sarawak peruntuk RM1 juta kepada Institut Dakwah Islamiah PERKIM
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Majlis Datuk-Datuk Persekutuan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.