Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelaksanaan jualan Rahmah MADANI bergerak antara tumpuan KPDN Sarawak
  • SEMASA

Pelaksanaan jualan Rahmah MADANI bergerak antara tumpuan KPDN Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
PELAKASANAAN Program Jualan Rahmah MADANI secara bergerak antara kaedah utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak bagi memastikan program itu dapat diakses secara menyeluruh oleh rakyat di negeri berkenaan khususnya di kawasan luar bandar.

KUCHING:  Pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI secara bergerak antara kaedah utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak bagi memastikan program itu dapat diakses secara menyeluruh oleh rakyat di negeri berkenaan khususnya di kawasan luar bandar.

KPDN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan penduduk khususnya golongan berpendapatan rendah terus menerima manfaat daripada inisiatif berkenaan dengan sejumlah 900 siri jualan berjaya dilaksanakan di seluruh negeri itu sejak Januari sehingga Mei lepas, melibatkan kesemua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita melaksanakan tiga kaedah utama untuk memastikan aksesibiliti program ini iaitu secara dalam premis seperti di pasar raya terpilih dan secara terbuka di lokasi tumpuan orang ramai terutamanya di kawasan B40 atau pusat komuniti. 

“Selain itu, kita juga menjalankan program jualan secara bergerak melibatkan kawasan terpencil dengan menggunakan kenderaan seperti lori atau van yang membawa barangan jualan ke kawasan pedalaman atau kampung di Sarawak,” kata kepada Bernama. 

Kementerian itu memaklumkan menerusi Program Jualan Rahmah MADANI di negeri itu, barangan keperluan harian seperti ayam, ikan, telur, minyak masak, beras dan sayur-sayuran dijual pada harga 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. 

“Jumlah penganjuran program juga meningkat dari bulan ke bulan. Pada Januari kita adakan 106 program, diikuti Februari dengan 150 program, Mac (193), April (192) dan Mei (259),” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu memaklumkan peningkatan ketara itu mencerminkan sambutan positif dan keperluan berterusan rakyat negeri berkenaan terhadap inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Program Jualan Rahmah MADANI adalah inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPDN, sebahagian daripada payung inisiatif Rahmah yang lebih luas di bawah Belanjawan 2025 bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

Ia turut bermatlamat untuk merancakkan ekonomi dengan membantu meningkatkan jualan dan menyokong peruncit tempatan, termasuk pasar raya besar dan kecil.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pertandingan Cosplay, The K-Stage dua acara utama baharu meriahkan Festival Kuching 2025
Next: Kerabat Diraja Perlis berkunjung ke Kuching selama empat hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.