Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelakon wanita, suami direman bantu siasatan kes tipu tanah kurnia
  • JENAYAH

Pelakon wanita, suami direman bantu siasatan kes tipu tanah kurnia

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG pelakon wanita dan suami direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta. Perintah reman terhadap wanita berusia 35 tahun dan suaminya 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Majistret hari ini. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Seorang pelakon wanita dan suami direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.

Perintah reman terhadap wanita berusia 35 tahun dan suaminya 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, pasangan berkenaan yang berpakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada 9.18 pagi ini dengan kawalan ketat anggota polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata kedua-duanya ditahan di sebuah kampung di Batu 11, Hulu Langat, Selangor semalam.

Azahar berkata penahanan dilakukan susulan laporan polis diterima daripada seorang bekas ahli perniagaan berumur 56 tahun yang mendakwa ditipu dalam urusan mendapatkan tanah kurniaan Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata pengadu berurusan dengan suspek bermula September 2023 hingga November 2025 dan membuat 195 transaksi sehingga mengalami kerugian RM1.5 juta.

 Azahar berkata permohonan reman itu bagi meneruskan siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Dakwaan James Chai tidak benar, prosedur siasatan ikut standard – SPRM
Next: Dua individu ditahan termasuk wanita warga emas terlibat keldai akaun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.