Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pelakon wanita drama kepolisan didakwa beri tiga jenis dadah kepada diri sendiri
  • MAHKAMAH

Pelakon wanita drama kepolisan didakwa beri tiga jenis dadah kepada diri sendiri

Utusan Sarawak 6 hours ago
PELAKON wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal, Tisha Shamsir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberikan tiga jenis dadah kepada diri sendiri, Selasa lepas. Tisha, 40, atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam didakwa melalui ujian air kencing didapati memberikan kepada dirinya sendiri dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin ke dalam badannya, di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada 7.30 pagi, 7 Julai lepas. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal, Tisha Shamsir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memberikan tiga jenis dadah kepada diri sendiri, Selasa lepas.

Tisha, 40, atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam didakwa melalui ujian air kencing didapati memberikan kepada dirinya sendiri dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin ke dalam badannya, di tandas Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, pada 7.30 pagi, 7 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan selama dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurainna Maryam Norazman memohon jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Nik Azhar Nik Adib memohon jaminan rendah atas alasan tertuduh yang bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu serta sudah berpisah dengan suami, menanggung ibu serta bapanya berusia 70-an.

“Jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh. Tertuduh telah diberikan jaminan polis dan hadir sendiri ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan hari ini dan tiada risiko untuk beliau melarikan diri,” kata peguam itu.

Majistret Khairunissak Hassni membenarkan wanita itu diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 8 Oktober ini untuk serahan dokumen.

Tisha yang memakai pelitup muka tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 8.49 pagi dengan diiringi tiga pengawal keselamatan.

Sebelum ini, media melaporkan pelakon wanita membintangi drama kepolisan terkenal ditahan di sebuah pusat hiburan di ibu kota selepas didapati positif dadah.

Seramai 14 individu terdiri daripada penjaga premis, tujuh lelaki dan enam wanita ditahan dalam serbuan menerusi Op Noda pada 7 Julai lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: Perbicaraan kes Muhyiddin tangguh ke 13 Julai, susulan abang ipar meninggal dunia
Next: Lapar punca wanita curi cermin mata, dipenjara dua minggu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.