Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pelakon suara “Lilo & Stitch”, Daveigh Chase meninggal dunia pada usia 35 tahun
  • HIBURAN

Pelakon suara “Lilo & Stitch”, Daveigh Chase meninggal dunia pada usia 35 tahun

Utusan Sarawak 3 hours ago
DAVEIGH Chase meninggal dunia pada usia 35 tahun. Foto: AGENSI

LOS ANGELES, Amerika Syarikat: Pelakon Daveigh Chase, yang pernah menjadi suara watak utama Lilo dalam filem animasi Disney “Lilo and Stitch”, telah meninggal dunia pada usia 35 tahun, Selasa lepas di Los Angeles, menurut media Amerika Syarikat.

Bapa beliau, John David Schwallier, memberitahu New York Times bahawa Chase meninggal dunia di sebuah hospital akibat komplikasi meningitis bakteria dan jangkitan darah.

Schwallier memaklumkan kepada akhbar tersebut bahawa anak perempuannya yang telah lama terputus hubungan dengannya mula terlibat dengan masalah dadah sejak usia 13 tahun serta pernah hidup gelandangan di Los Angeles, tidak jauh dari hospital tempat beliau meninggal dunia.

Chase berusia 11 tahun ketika “Lilo and Stitch” menjadi sebuah filem pecah panggung, dan beliau terus menyumbangkan suara untuk watak tersebut dalam siri televisyen serta permainan video.

Beliau juga dipilih sebagai suara versi bahasa Inggeris untuk Chihiro, watak utama dalam filem Studio Ghibli “Spirited Away”, yang memenangi Anugerah Oscar bagi Filem Animasi Terbaik.

Kerjaya beliau sebagai pelakon kanak-kanak turut merangkumi lakonan aksi langsung, termasuk muncul dalam iklan “Campbell’s Soup” dan berlakon sebagai adik kepada Jake Gyllenhaal dalam filem “Donnie Darko”.

Dalam filem “The Ring” (2002), Chase memegang watak Samara Morgan, watak antagonis yang merangkak keluar dari televisyen dengan rambut panjang menutupi muka untuk menakutkan penonton. Persembahan itu melayakkan beliau memenangi Anugerah Filem MTV bagi kategori “Best Villain” pada 2003.

TMZ mengenal pasti teman lelakinya sebagai Roy Hernandez dan melaporkan sebuah laman kutipan dana yang beliau cipta untuk membiayai penjagaan kesihatannya, di mana beliau meluahkan beberapa kesukaran yang dihadapi Chase.

“Selepas melalui zaman kanak-kanak yang sukar dan perpisahan yang menyakitkan dengan keluarganya, Daveigh dibuli dan berusaha mencari ketenteraman serta kebahagiaan di pusat bandar Los Angeles,” tulis Hernandez di laman tersebut.

“Susah senang kami bersama-sama menemui detik kebahagiaan dan harapan untuk meneruskan kehidupan,” tambahnya.

Namun setakat ini, wakil mendiang Chase tidak memberikan apa-apa jawapan segera terhadap pertanyaan yang diajukan oleh pihak AFP. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: “Dear You (Love Letter for Grandma)” sentuh hati penonton dengan kisah keluarga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.