Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Pelakon sitkom popular Santan Berlada Khairul Azhar meninggal dunia
  • HIBURAN

Pelakon sitkom popular Santan Berlada Khairul Azhar meninggal dunia

Utusan Sarawak 2 days ago
SIRI komedi Santan Berlada lakonan Allahyarham Khairul Azhar (kiri) merupakan antara sitkom lawak popular era 80-an.

KUALA LUMPUR: Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang lagi bintang veteran apabila pelakon sitkom terkenal era 1980-an, Santan Berlada, Khairul Azhar, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, pada 10.37 malam tadi. Beliau berusia 70 tahun.

Menurut sumber, Allahyarham ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya oleh pembantu peribadi sebelum pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan beliau telah meninggal dunia.

Khairul bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan pengacara, malah turut mencipta nama menerusi trio komedi Santan Berlada bersama dua rakan seniman, Allahyarham Ali Mamak dan Accapan.

Trio ini pernah menghasilkan sebuah album dan menjadi ikon hiburan popular suatu ketika dahulu.
Allahyarham Khairul juga ialah pemain dram untuk kombo Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Jenazah Allahyarham Khairul akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat, hari ini.

Selain sitkom Santan Berlada, Allahyarham Khairul banyak muncul dalam drama serta telefilem dan pernah berlakon dalam filem Mat Som bersama Imuda.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Marygrace, Belle Sisoski, Rezza Shah semarakkan ‘Happy Gawai Kaamatan’
Next: Fiesta OohHaa Bola 2025: Lima hari penuh aksi bola sepak, hiburan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.