Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelakon Afdlin tewaskan menteri Nik Nazmi
  • SEMASA

Pelakon Afdlin tewaskan menteri Nik Nazmi

Utusan Sarawak 4 weeks ago
DATUK Afdlin Shauki.

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada Pemilihan PKR 2025 apabila kalah kepada pencabarnya, Datuk Afdlin Shauki.

Afdlin, yang juga pelakon dan pengarah filem terkenal, menang setelah memperoleh sebanyak 631 undi pada pemilihan parti itu peringkat Cabang, yang berlangsung serentak dengan sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini.

Nik Nazmi, yang juga Naib Presiden PKR, meraih 563 undi.

NIK Nazmi Nik Ahmad.

Keputusan itu diumumkan menerusi laman sesawang rasmi Pemilihan PKR 2025 di https://pemilihan.keadilanrakyat.org.

Afdlin menyertai PKR pada 2021 dan pernah mencuba nasib bertanding jawatan itu pada 2022 namun tewas kepada Nik Nazmi, yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa.

Sementara itu, jawatan Naib Ketua Cabang Setiawangsa dimenangi Muhammad Ibrahim Hilmy Noor Mohamed.

Muhammad Ibrahim Hilmy memperoleh 618 undi manakala lawannya, Tukiman Mahat, meraih 557 undi.

Proses pemilihan fasa dua bagi peringkat Cabang itu, yang bermula dari 18 hingga 20 April, membabitkan Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.

Pemilihan fasa satu, yang berlangsung dari 11 hingga 13 April, pula membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.

emilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan AMK Pusat (MPAMKP) parti berkenaan akan diadakan pada 24 Mei ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hanya satu kelas teori untuk lesen motosikal, motokar mulai 1 Ogos – Loke
Next: Kerajaan laksana stok penimbal gula putih di Sabah, Sarawak, Labuan bermula 1 Mei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.