Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pelajar yang didakwa kes Zara Qairina beri keterangan secara tertutup
  • MAHKAMAH

Pelajar yang didakwa kes Zara Qairina beri keterangan secara tertutup

Utusan Sarawak 2 weeks ago
ZARA QAIRINA… Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini mendengar keterangan seorang pelajar yang didakwa dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir, dalam inkues yang sedang dijalankan berhubung kematian remaja Tingkatan Satu itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini mendengar keterangan seorang pelajar yang didakwa dalam kes buli membabitkan Zara Qairina Mahathir, dalam inkues yang sedang dijalankan berhubung kematian remaja Tingkatan Satu itu.

Pelajar berkenaan memberi keterangannya secara tertutup pada pukul 10.00 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, dengan prosiding berakhir pada 4.45 petang.

Perkara itu disahkan oleh pegawai inkues, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, serta peguam saksi Datuk Ram Singh.

Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, yang secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mengenal pasti seorang kanak-kanak, petugas media dilarang berada di lantai mahkamah semasa keterangan tertutup bagi melindungi identiti saksi tersebut.

Pelajar itu sepatutnya memberi keterangan pada Jumaat lepas, namun selepas kenyataan saksi beliau tersebar di media sosial, mahkamah memutuskan menangguhkan prosiding sehingga hari ini. 

Difahamkan saksi kanak-kanak berkenaan akan menyambung keterangannya esok. Seramai 35 saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan dalam inkues berkenaan.

Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberi keterangan dalam prosiding, manakala 25 lagi dijadual tampil memberi keterangan pada sesi akan datang.

 Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai .

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis.

Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

-Bernama  

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Dana ARMADA: Pendakwaan fail petisyen rayuan terhadap pembebasan Syed Saddiq
Next: Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak kedua beri keterangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.