Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar UPMS jalani lawatan industri pemprosesan minyak sawit di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Pelajar UPMS jalani lawatan industri pemprosesan minyak sawit di Bintulu

Utusan Sarawak 24 hours ago
PELAJAR Bacelor Kimia Industri UPMS mengadakan lawatan industri ke Borneo Edible Oils Sdn Bhd di Bintulu bagi mendapatkan pendedahan langsung mengenai operasi pemprosesan minyak kelapa sawit.

BINTULU: Seramai 31 pelajar Bacelor Kimia Industri dari Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mengikuti lawatan industri ke Borneo Edible Oils Sdn Bhd di sini baru-baru ini bagi mendapatkan pendedahan secara langsung mengenai operasi pemprosesan minyak kelapa sawit.

Menurut kenyataan UPMS, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada keperluan kursus CHY3502 Kimia Organik Industri yang bertujuan menghubungkan pembelajaran teori di bilik kuliah dengan aplikasi sebenar kimia di peringkat industri.

Melalui lawatan itu, pelajar didedahkan kepada operasi minyak sawit bersepadu merangkumi aktiviti huluan perladangan serta aktiviti hiliran termasuk penapisan dan penghancuran isirung, sekali gus memahami peranan prinsip kimia dalam membuat keputusan pengeluaran berskala besar.

Sebagai pengisian program, Pengurus Besar Borneo Edible Oils Sdn Bhd, Lu Khai Ing menyampaikan sesi kuliah berkaitan industri minyak sawit di Sarawak yang meliputi struktur industri, cabaran operasi, keperluan kelestarian serta jangkaan industri terhadap graduan dalam bidang kimia dan pemprosesan.

Sepanjang lawatan, pelajar turut diberi penerangan oleh jurutera operasi mengenai peringkat utama proses penapisan seperti penyahgetahan, pelunturan, penyahbauan dan pemfraksian, selain taklimat berkaitan analisis makmal, kawalan proses serta jaminan kualiti bagi produk olein dan stearin sawit.

Sementara itu, Penyelaras kursus, ChM. Dr. Alvin Lim Teik Zheng berkata, lawatan industri berkenaan menyokong hasil pembelajaran kursus dengan memberi gambaran sebenar tentang bagaimana pengetahuan kimia menyumbang kepada kecekapan proses, kawalan kualiti dan keselamatan dalam industri.

Menurutnya, pendedahan kepada persekitaran industri juga membantu pelajar membuat persediaan yang lebih baik untuk projek tahun akhir serta kerjaya masa depan dalam bidang kimia dan pemprosesan.

Borneo Edible Oils Sdn Bhd yang beroperasi di bawah Kumpulan Rimbunan Hijau merupakan antara pemain penting dalam sektor minyak sawit Sarawak, dengan operasi bersepadu di Bintulu bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan dan eksport.

Lawatan industri itu sekali gus menegaskan kepentingan pembelajaran berasaskan pengalaman serta memperkukuh kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan industri.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: MPKS pantau kawasan terjejas banjir kilat, tindakan segera diambil
Next: Saberkas Lingga anjur Program Gunting Rambut Percuma Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.