Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelajar Tingkatan 2 maut tertembak ‘bakakuk’ di Keningau
  • JENAYAH

Pelajar Tingkatan 2 maut tertembak ‘bakakuk’ di Keningau

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK menunjukkan lokasi kejadian. Foto PDRM

KOTA KINABALU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘bakakuk’ ketika bermain dengan rakannya di Jalan Kem PPH Keningau semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Yampil Anak Garai berkata dalam insiden pada 8 pagi itu, mangsa dikatakan bermain dengan seorang rakannya sebelum remaja itu secara tidak sengaja melepaskan tembakan dari jarak kira-kira tiga meter.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek telah ternampak mangsa memegang bakakuk di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Kem PPH, Keningau dan meminta untuk melihat senjata berkenaan.

“Suspek kemudian telah cuba mengacah-acah senjata tersebut sambil bermain sembunyi-sembunyi dengan menghalakan senjata tersebut kearah mangsa dan pada masa yang sama, mangsa telah bersembunyi di bawah kolong.

“Tanpa suspek menyedari terdapat peluru di dalam bakakuk berkenaan dan tertarik picu senjata sehingga menyebabkan senjata tersebut meletup ke arah mangsa,” menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Yampil berkata mangsa kemudian telah jatuh terlentang tanpa berkata apa-apa menyebabkan suspek panik dan meminta bantuan penduduk kampung untuk membawa remaja itu ke hospital.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 8.40 pagi.

Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa mendapati terdapat 14 kesan disyaki kesan tembakan iaitu di bahagian dada sebelah kanan, lengan kanan serta lutut kanan dan kiri.

“Siasatan lanjut dan pemeriksaan awal ke atas tubuh si mati mendapati terdapat luka atau bekas tembakan daripada peluru penabur yang belum dikenal pasti jenis.

“Tiada saksi mata lain yang berada di lokasi bersama mangsa dan suspek,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kes pecah rumah di Kota Samarahan disiasat polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.