Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar teruja ikuti program TVET, berjaya ubah persepsi konon pilihan kedua
  • PENDIDIKAN

Pelajar teruja ikuti program TVET, berjaya ubah persepsi konon pilihan kedua

Utusan Sarawak 8 hours ago

BERJAYA CAPAI SASARAN.....Program "Juh Belajar Juh Berjaya bersama TVET Madani@Kolej Komuniti Zon Sarawak" berjaya mencapai sasarannya apabila menarik penyertaan memberangsangkan daripada pelajar sekolah menengah di seluruh Sarawak.

SIBU: Program ‘Juh Belajar Juh Berjaya bersama TVET Madani@Kolej Komuniti Zon Sarawak’ berjaya mencapai sasarannya apabila menarik penyertaan memberangsangkan daripada pelajar sekolah menengah di seluruh negeri.

Program anjuran Kolej Komuniti Zon Sarawak di bawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini berlangsung serentak di tujuh kampus seluruh negeri hari ini iaitu Kolej Komuniti Sarikei, Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Miri, Kolej Komuniti Betong, dan Kolej Komuniti Cawangan Sibu.

Program di Kolej Komuniti Sarikei (KKSR) dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu (KKSRCS) sahaja telah menarik kehadiran fizikal seramai 220 orang pelajar dan guru. 

KKSR mencatatkan kehadiran 100 peserta, manakala KKSRCS menerima 120 peserta.

Bagi memberi impak maksimum, program ini direka untuk memberi pendedahan amali secara terus kepada peserta. 

Di KKSR, peserta menerokai laluan kerjaya TVET, menyaksikan demonstrasi kulinari yang memikat selera, dan diberi pendedahan eksklusif mengenai pembangunan aplikasi mudah alih oleh pensyarah Teknologi Maklumat.

Di KKSRCS, pelajar berpeluang mencabar diri dan merasai sendiri pengalaman pembelajaran TVET melalui pelbagai bengkel mini termasuk Asas Aplikasi Canva, Asas Microsoft Excel, Asas Rekreasi Tali Tinggi, dan Asas Pertolongan Cemas.

Seorang pelajar dari SMK Sarikei Baru, Suhardi Hadari, berkata program ini telah mengubah persepsinya. 

“Sebelum ini, saya beranggapan TVET adalah pilihan kedua. Tetapi selepas melihat sendiri fasiliti dan demonstrasi hari ini, saya sedar peluang kerjaya dalam bidang kemahiran ini amat luas. Saya kini serius mempertimbangkan untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti,” katanya.

Turut berkongsi keterujaan, Azreen Arzizul Nordin, yang menyatakan minatnya terhadap Program Sijil Teknologi Maklumat. 

“Pendedahan mengenai pembangunan aplikasi mudah alih di KKSR membuka mata. Saya kini lebih jelas dan berminat untuk menyambung pengajian dalam program yang ditawarkan di sini,” katanya.

Bagi meluaskan capaian, program ini turut disiarkan secara langsung menerusi platform TikTok dan Facebook rasmi sepanjang ia berlangsung, membolehkan orang awam turut serta mengikuti pendedahan mengenai TVET.

Penganjuran program ini diharapkan berjaya membuka minda lebih ramai pelajar untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama dalam menjamin kerjaya masa hadapan.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Model pengajaran bersama perlu kajian teliti sebelum dilaksana secara menyeluruh — Dato Jonathan Chai
Next: Swinburne Sarawak perkenal program Ijazah Sarjana Muda Kecerdasan Buatan pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.