Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar SMK Julau rasai pengalaman jadi bomba sehari
  • Tengah
  • WILAYAH

Pelajar SMK Julau rasai pengalaman jadi bomba sehari

Utusan Sarawak 5 hours ago
AKTIVITI MENARIK… Pelajar SMK Julau terlibat dalam pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama anggota bomba sempena Program Integrasi Kesedaran Keselamatan Belia. Foto: BBP Bintangor

BINTANGOR: Program Integrasi Kesedaran Keselamatan Belia telah membuka peluang istimewa kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau untuk merasai sendiri pengalaman sebagai anggota bomba, sekali gus meningkatkan kesedaran mereka terhadap aspek keselamatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut merupakan inisiatif anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Cawangan Sibu dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan termasuk BBP Bintangor.

“Ia berlangsung di Dewan Terbuka SMK Julau dari 8.30 pagi hingga 1.00 petang dan disertai pelajar tingkatan satu hingga lima, baru-baru ini. 

“Antara pengisian yang dikendalikan pihak bomba termasuk pameran peralatan kebombaan, sesi pengenalan kerjaya bomba dan demonstrasi pemadaman kebakaran menggunakan dapur memasak. 

“Para pelajar turut berpeluang menaiki jentera bomba serta menyarung sendiri pakaian pelindung diri (PPE) seperti anggota bomba sebenar,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pendekatan secara langsung menerusi program tersebut adalah cara terbaik untuk menyampaikan ilmu keselamatan dan menyemai minat pelajar terhadap kerjaya bomba.

“Kami mahu pelajar bukan hanya mendengar, tetapi merasai sendiri pengalaman sebenar dalam suasana yang menyeronokkan dan selamat. 

“Pendedahan seperti ini memberi kesan lebih mendalam dan mudah diingati,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa pendidikan keselamatan perlu bermula dari bangku sekolah agar masyarakat yang lebih cakna dan bersedia dapat dibentuk.

“Kesedaran keselamatan kebakaran bukan sekadar untuk pelajar, tetapi perlu menjadi budaya dalam masyarakat. 

“Kami percaya pendedahan awal akan membentuk rasa tanggungjawab dalam diri mereka. 

“Alhamdulillah, sepanjang program berlangsung, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku,” jelasnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Huang komited perkasa luar bandar, dua projek jalan siap di Sarikei
Next: Bomba Bintangor bertindak pantas musnahkan sarang serangga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.