Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar SMK Bario raih kecemerlangan akademik
  • Utara
  • WILAYAH

Pelajar SMK Bario raih kecemerlangan akademik

Utusan Sarawak 5 hours ago
RASMI…Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala (tengah) semasa merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bario, hari ini.

MIRI: Semangat dan usaha gigih pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bario membuahkan hasil apabila mereka diraikan pada Majlis Anugerah Cemerlang yang berlangsung hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

Dalam hantaran di Facebook beliau, Gerawat berkata majlis itu menjadi platform penting untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum, selain menekankan nilai disiplin dan kerja keras.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada para guru atas dedikasi tanpa mengenal penat dan ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak dari segi moral dan material.

“SMK Bario bukan hanya sekolah, tetapi institusi yang membina harapan dan masa depan anak-anak di kawasan tanah tinggi ini. Walaupun berdepan cabaran geografi, guru dan pelajar menunjukkan semangat luar biasa,” katanya.

AMANAT…Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala semasa menyampaikan amanat beliau pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bario, hari ini.

Menurut Gerawat, kerajaan negeri komited memperkukuh pendidikan di kawasan pedalaman melalui penambahbaikan infrastruktur, kemudahan digital, asrama, serta sokongan akademik dan kokurikulum bagi memastikan peluang pendidikan setanding dengan sekolah di bandar.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah dan menegaskan bahawa kecemerlangan merupakan hasil usaha berterusan, manakala pelajar yang belum menerima pengiktirafan digalakkan terus berusaha dan tidak berputus asa.

Beliau  juga mengajak ibu bapa terus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi memastikan pendidikan anak-anak berjalan lancar.

Majlis itu berlangsung dalam suasana meriah, mencerminkan komitmen warga sekolah dan komuniti Bario dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap serah tiga projek RTP bernilai RM640,000 di Kota Sentosa
Next: DAP Stampin teruskan program ‘Kembali ke Sekolah’ untuk tiga sekolah rendah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.