Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar SK St Alban Sungai Tapang dihargai, sekolah capai pendigitalan penuh
  • Selatan
  • WILAYAH

Pelajar SK St Alban Sungai Tapang dihargai, sekolah capai pendigitalan penuh

Utusan Sarawak 13 hours ago
RAKAM KENANGAN.. Michael Kong dan Guru Besar SK St Alban Sungai Tapang bersama para guru serta murid pada Majlis Apresiasi Pelajar, hari ini.

KUCHING: SK St Alban Sungai Tapang hari ini mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar bagi menghargai murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Michael Kong, Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, berkata pengiktirafan seumpama itu penting untuk memberi motivasi kepada pelajar agar lebih serius dalam pelajaran dan berusaha menjadi individu terbaik.

“Pengiktirafan terhadap pencapaian pelajar amat penting dalam memupuk semangat kecemerlangan, bukan sahaja dalam akademik tetapi juga dalam aktiviti kokurikulum, di samping membentuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran,” katanya.

Majlis tersebut turut menandakan kejayaan pemasangan televisyen interaktif pintar di semua bilik darjah sekolah berkenaan, sekali gus menjadikan SK St Alban Sungai Tapang sebagai sekolah rendah bantuan kerajaan pertama di kawasan Kota Sentosa yang mencapai pendigitalan penuh.

Menurut Michael, pencapaian ini amat signifikan memandangkan murid akan diperkenalkan dengan subjek baharu, Teknologi dan Digital, bermula 2027.

Beliau turut mengimbas keadaan sekolah sebelum ini yang uzur dengan bumbung bocor, berbanding kini yang berdiri megah dengan prasarana moden.

Beliau menegaskan komitmen berterusan terhadap pembangunan pendidikan, termasuk pelaburan dalam prasarana sekolah dan pemerkasaan guru.

“Komitmen kami terhadap pendidikan tidak akan goyah. Kami akan terus melabur dalam sekolah, memperkasa para guru, serta memastikan setiap anak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam masa depan digital,” katanya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Antidadah SK Sungai Bong Baram disertai AADK Miri
Next: Jalan mendap di Lorong Apt 2 runtuh, Michael Kong kecam pihak berkuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.