Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar Saratok terima sumbangan pendidikan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

Pelajar Saratok terima sumbangan pendidikan di Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Utusan Sarawak 5 days ago
Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka menyampaikan sumbangan pendidikan kepada anak-anak Saratok yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Kerajaan Sarawak terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan anak-anak negeri ini memperoleh peluang pendidikan yang lebih luas melalui pelbagai bentuk bantuan yang disalurkan kepada para pelajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata antara bantuan yang disediakan melalui Yayasan Sarawak termasuk bantuan komputer riba untuk pelajar tahun pertama diploma dan ijazah sepenuh masa, Bantuan Baucer Buku, serta Bantuan Kewangan Khas (BKK) Pelajar Sarawak.

“Penyaluran pelbagai bentuk bantuan terutamanya dalam aspek pendidikan kepada semua rakyat di negeri ini menjadi bukti keprihatinan kerajaan Sarawak untuk membina modal insan yang berintegriti dan berdaya saing,” katanya.

Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka menyampaikan sumbangan pendidikan kepada anak-anak Saratok yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

Beliau berkata demikian menerusi wakilnya, Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad, semasa menyampaikan sumbangan pendidikan kepada anak-anak Saratok yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini.

Mohamad Duri turut menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pelajar terbabit serta mendoakan kejayaan mereka dalam menimba ilmu untuk kembali berbakti kepada keluarga, komuniti dan Sarawak.

“Semoga para mahasiswa ini terus berusaha, mencapai kejayaan cemerlang serta menjadi penyumbang kepada pembangunan negeri dan masyarakat pada masa hadapan, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: DUBS Sri Aman perkukuh kerjasama strategik perkasa usahawan
Next: Karnival Sukan dan Ko-Kurikulum Kolej Tingkatan Enam himpun 900 peserta di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.