Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelajar Politeknik Mukah dilantik Ejen Perpaduan Kementerian
  • TEMPATAN

Pelajar Politeknik Mukah dilantik Ejen Perpaduan Kementerian

Utusan Sarawak 4 hours ago
SYAUQI Imani Ibrahim menunjukkan sijil pelantikan sebagai Ejen Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara bagi sesi 2025 hingga 2027. Foto PMU

MUKAH: Kejayaan seorang pelajar Politeknik Mukah (PMU) dilantik sebagai Ejen Perpaduan Kementerian Perpaduan Negara bagi sesi 2025 hingga 2027 menjadi bukti kemampuan institusi TVET melahirkan pemimpin belia yang berwibawa dan berpengaruh.

Pelajar Jabatan Perdagangan, Syauqi Imani Ibrahim menerima pelantikan tersebut di bawah inisiatif Yayasan Sukarelawan Siswa (YES) sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan penglibatan aktif beliau dalam aktiviti kesukarelawanan serta program pembangunan belia.

Syauqi ketika ditemui berkata, pelantikan itu merupakan satu amanah besar yang membuka ruang kepadanya untuk memainkan peranan dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.

SYAUQI Imani Ibrahim yang aktif dalam program kesukarelawanan dilantik sebagai Ejen Perpaduan, sekali gus mengharumkan nama Politeknik Mukah. Foto PMU

“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan. Bagi saya, perpaduan bukan sekadar konsep, tetapi perlu diterjemahkan melalui tindakan seperti aktiviti sukarelawan, program komuniti dan interaksi antara masyarakat pelbagai latar belakang,” katanya.

Beliau turut berharap penglibatan sebagai Ejen Perpaduan dapat memberi inspirasi kepada rakan pelajar lain untuk turut aktif menyumbang kepada masyarakat.

“Saya ingin melihat lebih ramai pelajar tampil sebagai agen perubahan. Jika kita bergerak bersama, kita mampu mewujudkan persekitaran kampus dan komuniti yang lebih harmoni,” tambahnya.

Sementara itu, Pegawai YES PMU, Muhammad Sallehuddin Ismail berkata pelantikan tersebut membuktikan pelajar institusi TVET juga mampu tampil sebagai pemimpin belia yang berwibawa dan berpengaruh.

Menurutnya, pencapaian berkenaan bukan sahaja membanggakan PMU, malah menunjukkan institusi tersebut berjaya melahirkan pelajar yang memiliki nilai kepimpinan, jati diri serta semangat kesukarelawanan yang tinggi.

RAKAM kenangan Syauqi Imani Ibrahim bersama barisan Ejen Perpaduan selepas majlis pelantikan sesi 2025 hingga 2027. Foto PMU

Program Ejen Perpaduan jelasnya memberi platform kepada golongan belia untuk memainkan peranan penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Kejayaan Syauqi sekali gus mencerminkan komitmen PMU dalam melahirkan graduan holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran, malah berupaya memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan negara.

Continue Reading

Previous: Kebocoran paip air berlarutan di Lorong Keranji 4 cetus kebimbangan penduduk
Next: Pelajar PMU santuni komuniti Uma Daro menerusi program CSR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.