Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar PMU pacu perubahan komuniti melalui Green Heart CSR 4.0
  • PENDIDIKAN

Pelajar PMU pacu perubahan komuniti melalui Green Heart CSR 4.0

Utusan Sarawak 9 hours ago
RAKAM kenangan pelajar Politeknik Mukah bersama komuniti Kampung Baru Ismail Igan selepas Program Green Heart CSR 4.0. Foto PMU

MUKAH: Penglibatan aktif pelajar Politeknik Mukah (PMU) dalam Program Green Heart CSR 4.0 berjaya memberi impak positif kepada komuniti Kampung Baru Ismail Igan menerusi usaha pemeliharaan alam sekitar dan khidmat sosial yang dilaksanakan, baru-baru ini.

Program anjuran PMU dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Baru Ismail itu memberi tumpuan kepada aktiviti pembersihan kawasan kampung secara menyeluruh sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan kondusif untuk penduduk setempat.

Inisiatif tersebut melibatkan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan yang bukan sahaja melaksanakan kerja pembersihan, malah didedahkan dengan realiti kehidupan komuniti luar bandar, sekali gus memupuk nilai tanggungjawab sosial serta meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

Pengarah Program, Muhammad Syahrul Syaqir berkata, program berkenaan menjadi platform penting dalam membentuk sahsiah pelajar secara holistik melalui pengalaman di lapangan.

“Penglibatan secara langsung di lapangan membolehkan pelajar mengasah kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan selain meningkatkan empati terhadap masyarakat serta alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti seperti itu selari dengan hasrat institusi untuk melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik dan nilai kemanusiaan.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Ismail, Mohammad Jasa Teh merakamkan penghargaan terhadap usaha yang dilaksanakan oleh pihak PMU serta menyifatkan program tersebut sebagai inisiatif yang memberi manfaat besar kepada penduduk kampung.

Katanya, komitmen yang ditunjukkan oleh pelajar dan pihak politeknik bukan sahaja membantu menceriakan kawasan kampung, malah mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.

Program Green Heart CSR 4.0 dilihat sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan masyarakat selain menyumbang kepada kesejahteraan komuniti melalui pendekatan pendidikan berimpak tinggi.

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program kepolisan komuniti perkasa keselamatan sekolah di SK Ulu Sg Naman
Next: PMU perkasa komuniti melalui Program Penjagaan Kejuruteraan Awam di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.