Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pelajar perempuan tersepit kaki di asrama SMK Lake Bau
  • KEMALANGAN

Pelajar perempuan tersepit kaki di asrama SMK Lake Bau

Utusan Sarawak 1 day ago
PIHAK Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemeriksaan awal sebelum membawa pelajar terbabit ke Hospital Bau. Foto BBP Bau

BAU: Seorang pelajar perempuan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kakinya tersepit di bawah dinding zink bilik mandi asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake Bau, petang tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Nelson Phang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.55 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi sejauh satu kilometer.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada 5.57 petang dan mendapati mangsa, seorang pelajar perempuan, tergelincir di dalam bilik mandi hingga menyebabkan kaki tersepit di bawah dinding zink.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong dan mengumpil dinding tersebut bagi membebaskan kaki mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, hari ini.

OPERASI pihak bomba menyelamatkan mangsa tersepit di bawah dinding zink bilik mandi asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake Bau. Foto BBP Bau
 

Beliau mengulas lanjut bahawa pasukan bomba berjaya mengeluarkan kaki mangsa dengan selamat sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan yang turut berada di lokasi.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan pemeriksaan awal sebelum membawa pelajar terbabit ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.33 petang setelah pihak bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat dan terkawal,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Orang awam terkorban ketika kerja projek talian penghantar dijalankan
Next: Dua cedera ringan dalam kemalangan di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.