Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • INSPIRASI
  • Pelajar OKU cemerlang STPM, jejak impian ke Unimas
  • INSPIRASI

Pelajar OKU cemerlang STPM, jejak impian ke Unimas

Utusan Sarawak 1 day ago
BANTUAN KEWANGAN….Ling menyampaikan bantuan kewangan khas kepada Steven bagi membiayai perbelanjaan pengajian di Unimas, Kuching.

SIBU: Kisah ketabahan seorang pelajar cacat penglihatan, Steven Lias Sidi, wajar dijadikan inspirasi apabila dia tetap berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan walaupun berdepan pelbagai dugaan hidup.

Steven mula kehilangan penglihatan selepas mengalami demam panas ketika berusia 11 tahun sehingga akhirnya buta sepenuhnya.

Lebih menyedihkan, nasib malangnya tidak terhenti di situ. Ayahnya sudah meninggal dunia, manakala ibunya pula pergi buat selama-lamanya ketika pandemik COVID-19. Kini, Steven hanya tinggal bersama neneknya.

Menurut Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew, Steven berpindah dari Julau ke Sibu sejak Tingkatan 1 untuk bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Merah dan berjaya menamatkan pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan cemerlang.

“Walaupun tidak dapat melihat, Steven rajin belajar dengan bimbingan guru-guru yang banyak membantunya menyalin nota dan menyediakan bahan dalam tulisan Braille. Hasil usaha gigihnya, dia memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 3A, 2B, 1D dan STPM dengan PNGK 3.09,” jelasnya.

Katanya, pencapaian Steven yang mampu bersaing dalam kelas aliran perdana bersama pelajar normal wajar dijadikan inspirasi.

“Pada akhir September ini, beliau akan memulakan pengajian dalam jurusan Sains Sosial di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) sambil membawa cita-cita besar untuk mencorak masa depan,” katanya.

Terdahulu hari ini, Ling menyampaikan bantuan kewangan khas kepada Steven bagi membiayai perbelanjaan pengajian di Unimas.

Oleh Akun Giman

Tags: inspirasi

Continue Reading

Previous: Exclusive: A hope to return, the story of Nah Wai Murn
Next: Eksklusif: Dari minat makan ‘jelly’, Sanddy Ngu ke pentas keusahawanan kreatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.