Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelajar mangsa renjatan elektrik di Daro dipindah ke wad biasa
  • SEMASA

Pelajar mangsa renjatan elektrik di Daro dipindah ke wad biasa

Utusan Sarawak 9 hours ago
ORANG ramai di acara pengebumian seorang murid yang meninggal dunia akibat tragedi renjatan elektrik di tanah perkuburan Islam di Daro semalam. Foto JPN Sarawak

SIBU: Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Daro, Mukah yang parah akibat terkena renjatan elektrik ketika hendak mengambil wuduk pada Rabu leps kini dilaporkan stabil dan telah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu ke wad biasa.

Mangsa berusia 15 tahun itu adalah antara tiga pelajar yang terbabit dalam kejadian kira-kira 8.00 malam berkenaan, yang turut mengorbankan seorang pelajar tingkatan empat, manakala seorang lagi pelajar tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Matu-Daro, DSP Rahim Mihos berkata pelajar terbabit dipindahkan keluar dari ICU sejak semalam bagi menerima rawatan lanjut.

“Keadaan mangsa dilaporkan semakin stabil, manakala punca kejadian masih dalam siasatan lanjut polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan pelajar yang maut dalam kejadian itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Daro, semalam.

Menurut JPNS, Pengarahnya Omar Mahli turut mengiringi jenazah dari hospital ke masjid sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: PM Anwar dijangka umum pelan kesinambungan bekalan minyak negara pertengahan Mei
Next: Pesta Budaya Mazu Borneo perkukuh perpaduan, pelancongan budaya Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.