Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar Malaysia di luar negara selamat, KPT terus pantau – Zambry
  • PENDIDIKAN

Pelajar Malaysia di luar negara selamat, KPT terus pantau – Zambry

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. Persidangan ini bertujuan untuk mengetengahkan projek-projek PPRN berimpak tinggi yang telah berjaya menyelesaikan permasalahan industri serta mempamerkan sumbangan penyelidikan dalam meningkatkan keupayaan dan daya saing syarikat. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di luar negara secara keseluruhannya berada dalam keadaan selamat walaupun berdepan dengan situasi geopolitik semasa, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar dalam memantau kebajikan dan keselamatan pelajar Malaysia di luar negara.

“Kita akan teruskan usaha membantu mereka dan apa sahaja bantuan akan dikendalikan berdasarkan kes demi kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Public-Private Research Network (PPRN) 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata situasi yang dihadapi pelajar berbeza mengikut negara termasuk dari segi jumlah dan cabaran setempat.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata KPT tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk rasuah di institusi pendidikan tinggi (IPT).

Beliau berkata sebarang isu melibatkan penyalahgunaan kuasa ataupun rasuah di mana-mana IPT sama ada pada peringkat universiti, politeknik dan sebagainya perlu dipandang serius tanpa mengira skala.

Zambry berkata KPT sentiasa memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan siasatan atau semakan kes, selain merujuk kepada Jabatan Audit Negara dalam perkara berkaitan penggunaan sumber kewangan dan pelaksanaan projek. – Bernama

Continue Reading

Previous: 1,913 pelajar di Meradong terima bantuan persekolahan
Next: Terokai Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak di Hari Terbuka Swinburne pada 11 April

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.