Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Pelajar lelaki tular tumbuk guru, mengaku salah cederakan guru
  • MAHKAMAH

Pelajar lelaki tular tumbuk guru, mengaku salah cederakan guru

Utusan Sarawak 1 day ago

KAJANG: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang tular menumbuk dan mengugut gurunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap guru berkenaan, dua hari lepas.

Pelajar Tingkatan Satu kelas peralihan itu membuat pengakuan tersebut, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagaimanapun, Majistret Fatin Dayana Jalil menetapkan 11 September bagi laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebelum hukuman dijatuhkan terhadap remaja itu.

Prosiding hari ini dijalankan secara tertutup berikutan remaja berkenaan merupakan pesalah bawah umur.

Remaja itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan ke atas guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah di sini pada 4.48 petang, 28 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Semasa ditemui media di luar mahkamah, peguam S. Priyalatha yang mewakili remaja itu berkata pihaknya telah merayu supaya mahkamah memberikan jaminan rendah kerana pelajar terbabit merupakan pesalah juvana yang masih bersekolah.

“Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin mencadangkan remaja itu diikat jamin RM5,000 kerana kes ini termasuk kesalahan serius, selain ia tular di media sosial.

“Mahkamah membenarkan pelajar itu diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin,” kata peguam itu dan memaklumkan ibu bapa pelajar terbabit hadir ke mahkamah hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan insiden seorang pelajar lelaki dipercayai menumbuk dan mengugut gurunya dalam kejadian di kawasan sebuah sekolah menengah di sini pada 28 Julai lepas.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pegawai polis IPD Bintulu direman enam hari kes rasuah RM18,600

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.