Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pelajar IPTS, IPTA balik kampung mulai malam Isnin
  • NASIONAL

Pelajar IPTS, IPTA balik kampung mulai malam Isnin

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA NERUS, 27 April -- Mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Hasnah Taureng, 33, (kanan) dibantu rakan sebilik Noorasyiqin Nordin, 22, mengemas barang untuk pulang ke Indonesia ketika tinjauan di UniSZA hari ini.
Penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Kesihatan dari Makasar itu terkandas di universiti tersebut selepas tiket penerbangannya pada 20 Mac lalu dibatalkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan. 
Ibu kepada dua anak lelaki berusia 11 dan 12 tahun itu bersyukur kerana dapat pulang ke negaranya pada 29 April ini.
 --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

MAHASISWI Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Hasnah Taureng, 33, (kanan) dibantu rakan sebilik Noorasyiqin Nordin, 22, mengemas barang untuk pulang ke Indonesia ketika tinjauan di UniSZA semalam. Penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains Kesihatan dari Makasar itu terkandas di universiti tersebut selepas tiket penerbangannya pada 20 Mac lalu dibatalkan ekoran PKP yang diumumkan oleh kerajaan.

KUALA LUMPUR: Seramai 1,128 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), akan balik kampung dalam tempoh 24 jam   bermula malam   Isnin lalu, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara malam Isnin lepas, manakala 265 pelajar akan dihantar pulang dari zon utara ke zon tengah pada malam ini.

“Proses penghantaran pulang itu melibatkan sembilan universiti, 49 buah bas, ke 17 destinasi.

“Bas akan disanitasi tiga jam sebelum bertolak ke destinasi, selain bagasi yang dibawa pelajar   terbabit juga akan disanitasi,” katanya pada sidang media harian mengenai PKP di sini semalam.

Beliau berkata, setibanya pelajar di 租rop-off・ point   sekitar jam 9 hari ini, hanya seorang   ahli keluarga yang mempunyai kenderaan dibenarkan mengambil pelajar tersebut, manakala bagi mereka yang tiada kenderaan, pihak barisan hadapan akan menghantar pelajar terus ke rumah masing-masing.

Ismail Sabri berkata, makan-minum para pelajar tersebut akan disediakan semasa perjalanan.  

Dalam pada itu   beliau berkata, penghantaran pulang pelajar ke Sarawak dan Sabah pula   akan dilakukan bermula 1 Mei ini.

Ismail Sabri sebelum ini menyatakan penghantaran pulang itu dijangka membabitkan 85 peratus atau 53,000 pelajar, dengan kerajaan terus menyediakan makan-minum 15 peratus yang memilih untuk tidak pulang.

Isnin lalu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan menyebut, pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja dibenarkan pulang ke kampung mereka yang juga terletak dalam zon hijau. – BERNAMA

Continue Reading

Previous: Mayat bayi perempuan dibuang tepi jalan
Next: Pembaziran makanan berkurangan tanpa bazar Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.