Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar IPT digerakkan sebagai pemacu utama pembangunan Sarawak menjelang 2030
  • PENDIDIKAN

Pelajar IPT digerakkan sebagai pemacu utama pembangunan Sarawak menjelang 2030

Utusan Sarawak 3 hours ago
KETUA Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berucap pada Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak anjuran Jabatan Premier Sarawak di Universiti Swinburne Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) digesa agar memainkan peranan sebagai pemacu utama pembangunan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 dengan melengkapkan diri melalui ilmu pengetahuan, pengalaman dan sikap tidak mudah berputus asa.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato’ Fazzrudin Abdul Rahman berkata, pelajar merupakan antara tonggak utama dalam pelan pembangunan tersebut, khususnya di bawah komponen pembangunan bakat.

“PCDS 2030 adalah pelan besar untuk memastikan Sarawak makmur menjelang 2030. Pemain utama dalam mencapai strategi ini ialah para pelajar kerana anda berada di bawah tonggak pembangunan bakat.

DATO Fazzrudin melawat ruang pameran agensi kerajaan termasuk Yayasan Sarawak dan SCOPE yang mengambil bahagian dalam program tersebut. Foto Adele Rissa

“Untuk berjaya, anda perlu ada semangat ‘rasa lapar untuk berjaya’. Tanpa semangat itu, kejayaan tidak akan dicapai,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak anjuran Jabatan Premier Sarawak di Swinburne University of Technology, Kuching, hari ini.

Tambah beliau, kejayaan memerlukan pengorbanan, usaha dan pemikiran kreatif dalam menghadapi cabaran.

“Dengan rasa lapar untuk berjaya, seseorang akan berfikir kreatif mencari jalan keluar daripada apa jua halangan. Inilah yang kita perlukan untuk memastikan Sarawak berada di tangan yang baik pada masa depan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fazzrudin berkata, program libat urus bersama pelajar universiti kini memasuki fasa kedua, dengan memberi tumpuan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), selepas siri pertama yang lebih tertumpu kepada komuniti luar bandar.

Pendekatan ini, jelas beliau, penting agar kerajaan negeri dapat mendekati mahasiswa secara langsung serta berkongsi hala tuju pembangunan Sarawak dan inisiatif pendidikan yang boleh dimanfaatkan golongan muda.

 DATO Fazzrudin ketika sidang media selepas Taklimat Inisiatif Pendidikan Kerajaan Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Adele Rissa

Dalam masa yang sama, beliau turut menarik perhatian terhadap beberapa strategi pembangunan ekonomi negeri yang akan membuka banyak peluang pekerjaan baharu. Antaranya termasuk pelan hala tuju pembangunan semikonduktor, tenaga boleh diperbaharui, serta industri gas Sarawak yang digariskan sejajar dengan aspirasi PCDS 2030.

Swinburne merupakan lokasi kelima dalam siri jelajah taklimat tersebut selepas Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Teknologi Mara (UiTM), International College of Advanced Technology Sarawak (ICATS) dan Curtin University Malaysia.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak galak pelajar IPTA, IPTS manfaat peluang pendidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.