Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
  • PENDIDIKAN

Pelajar IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar

Utusan Sarawak 4 hours ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek tidak dapat menahan kesedihan selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang mangsa lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Jenazah Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, siap diuruskan kira-kira 8.30 malam tadi, sebelum lebih 100 rakan sepengajian daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis diberi peluang untuk melihat mendiang. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar melibatkan semua institusi di bawah kelolaannya bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuh.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata langkah ini susulan insiden kemalangan yang mengorbankan dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis ketika mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus di Pantai Merdeka pada Sabtu lepas.

Beliau berkata kementerian mengambil tanggungjawab penuh atas kemalangan yang berlaku.

“Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga. Siasatan yang telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada sesiapa yang akan dilindungi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya di sini, hari ini.

Fadhlina berkata beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program itu akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai.

Semalam, beliau hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan keluarga terdekat kedua-dua mendiang dan menyampaikan ucapan takziah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Semua aktiviti lasak, air babitkan pelajar IPG dihentikan sementara waktu
Next: 1,913 pelajar di Meradong terima bantuan persekolahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.