Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar disaran kekalkan kecemerlangan sebagai pemangkin kejayaan masa hadapan
  • PENDIDIKAN

Pelajar disaran kekalkan kecemerlangan sebagai pemangkin kejayaan masa hadapan

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK KENANGAN… Pulit dan Lidam merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan serta warga pendidik SMK Song No.2 pada Majlis Anugerah Cemerlang sekolah.

SONG: Para pelajar disaran agar terus mengekalkan kecemerlangan dan menjadikannya sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata, kejayaan yang dicapai para pelajar hari ini adalah hasil usaha gigih, disiplin serta semangat tidak mudah berputus asa.

“Kepada pelajar yang menerima anugerah, tahniah diucapkan. Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin dan semangat tidak berputus asa.

PERASMIAN…Lidam ketika merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Song No.2 sambil diperhatikan Pulit serta yang lain.

“Teruskan kecemerlangan ini dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song No.2, semalam.

Lidam turut merakamkan penghargaan kepada para guru atas bimbingan, dorongan dan pengorbanan tanpa jemu dalam mendidik pelajar, sambil menyifatkan peranan guru amat besar dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak mulia.

TAHNIAH… Lidam menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada seorang pelajar SMK Song No.2 sambil diperhatikan oleh Pulit (kiri).

“Kecemerlangan anak-anak merupakan cerminan sokongan serta perhatian yang diberikan oleh keluarga,” ujarnya.

Beliau berharap agar semua warga sekolah terus bekerjasama dalam menjayakan visi dan misi pendidikan negara, di samping menjadikan majlis seumpama ini sebagai inspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai impian.

Pada majlis tersebut, Lidam turut mengumumkan sumbangan dana berjumlah RM10,000 kepada pihak sekolah.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Song, Itam Linggi, Pengetua SMK Song No.2, Pulit Lai serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sambutan Krismas di sekolah cerminkan keharmonian Sarawak
Next: 196 murid terima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah 2026 di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.