Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar diingatkan buli adalah jenayah – Pesuruhjaya Polis
  • Utara
  • WILAYAH

Pelajar diingatkan buli adalah jenayah – Pesuruhjaya Polis

Utusan Sarawak 8 hours ago
TURUN PADANG… Mohamad Zainal menandatangani buku lawatan ke SMK Lawas bersama kepimpinan Polis Kontingen Sarawak.

LAWAS: Golongan pelajar diingatkan agar tidak terjebak dengan sebarang perbuatan buli kerana ia merupakan satu jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata gejala buli disebabkan oleh pengaruh media sosial yang boleh diakses dengan mudah.

Katanya mereka perlu memiliki disiplin diri yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam dunia canggih dan perkembangan teknologi maklumat.

“Buli hari ini mungkin dipengaruhi dengan bermacam literasi dengan video game yang menyebabkan anak-anak terdedah dengan banyak media sosial dan sebagainya menyebabkan pemikiran kita juga mudah dipengaruhi dengan anasir yang negatif ini.

“Jadi, saya berharap adik-adik yang berada di hadapan saya ini tidak memulakan langkah menjadi pembuli ataupun membiarkan diri menjadi mangsa buli.”

“Kita sama-sama menjaga begitu juga dengan pimpinan yang ada guru-guru yang ada disekolah ini sama-samalah kita jika ada maklumat kita salurkan kepada pihak polis,” katanya sewaktu program lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas hari ini.

Katanya pegawai perhubungan sekolah sudah diarah untuk lebih kerap hadir ke mana-mana sekolah di negeri ini agar dapat menjaga dan memastikan tidak ada tatalaku salah ataupun perlakuan ataupun budaya membuli ini tidak berlaku.

PELAJAR SMK Merapok Lawas mendengar amanat daripada Mohamad Zainal.

Tegas beliau lagi perbuatan buli bukan budaya dan ia merupakan satu jenayah dan jika didapati bersalah boleh disabitkan sehingga dipenjara.

“Inilah sebenarnya yang kita risau apabila adik-adik semua dipenjara habislah masa depan kita semua.  Kalau kita cemerlang tapi kita gagal mengawal tingkah laku kita, kita tidak akan pergi ke mana. Sebab itu disiplin sangat penting dalam membentuk sahsiah diri kita sebagai seorang pelajar berjaya,” katanya lagi.

Seterusnya beliau menggesa semua anak-anak sekolah di Sarawak untuk menjadi insan cemerlang melalui pencapaian yang baik dalam pendidikan.

 Mohamad Zainal kemudiannya turut melakukan lawatan serupa ke SMK Merapok Lawas untuk bersemuka dengan warga sekolah berkenaan.

Program ini akan beliau diteruskan ke daerah-daerah lain di seluruh negeri Sarawak untuk bertemu muka dengan warga sekolah yang akan beliau lawati.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak, barisan pegawai kanan PDRM Kontinjen Sarawak, Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Anak Tindan, pemangku Pengetua SMK Lawas Norfazila Ibrahim dan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas Pengiran Abdul Kadir Pengiran Budin.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peryatim Sibu anjur program bersama komuniti
Next: Eksklusif: APM Sarikei siaga penuh hadapi Monsun Timur Laut 2025/2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.