Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelajar digesa daftar i-GPS MATRIK
  • TEMPATAN

Pelajar digesa daftar i-GPS MATRIK

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Para pelajar digesa untuk mendaftarkan permohonan bagi fasa kedua i-GPS MATRIK sebelum 12.00 tengah hari pada 12 Ogos ini.

Inisiatif tersebut merupakan kerjasama Sarawak Volunteers bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk anak-anak Sarawak yang bakal mendaftar ke pusat matrikulasi di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Sarawak Volunteers berkata, ini berikutan penangguhan tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi dan isu penjadualan semula penerbangan.

“Bantuan ini disediakan untuk para pelajar Sarawak yang datang sendiri tanpa ditemani ibu bapa atau penjaga yang mana pihak kita menyediakan pengangkutan darat dari lapangan terbang ke Pusat matrikulasi masing-masing.

“Selain itu, pelajar terbabit turut ada disediakan penginapan sementara bagi mereka yang amat memerlukan,” kata Sarawak Volunteers menerusi kenyataan di Facebook rasmi, semalam.

Sehubungan itu, Sarawak Volunteers berkata mereka yang memerlukan boleh mendaftar di melalui pautan https://bit.ly/2XoUYli.

“Sebarang pertanyaan boleh hubungi sekretariat kami di talian panggilan telefon (masa berkerja sahaja) atau whatsApp Nazmi di 0135717130, Eja (0146983771) atau Khatijah (0128477447)

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Pelaksanaan projek pertanian moden diperkembang
Next: JKKK digesa bekerjasama dengan JPBN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.