Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelajar bumiputera kuasai Bahasa Mandarin, kebanggaan Daerah Subis
  • Utara
  • WILAYAH

Pelajar bumiputera kuasai Bahasa Mandarin, kebanggaan Daerah Subis

Utusan Sarawak 1 day ago

TAHNIAH… Datuk Rosey Yunus rakam kenangan bersama pasukan Rumah Hijau yang muncul johan dalam perbarisan pada majlis perasmian Sukan Tahunan Gabubgan Ke-13 SJK Chung Hua Sibuti dan Tadika Sibuti di Padang Majlis Daerah Subis, di sini, hari ini.

BEKENU: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sibuti mencipta kelainan apabila hampir 90 peratus pelajarnya terdiri daripada pelajar bumiputera yang kini mampu bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih, sesuatu yang dianggap sebagai kebanggaan besar bagi masyarakat di Daerah Subis.

Kejayaan ini mencerminkan keterbukaan masyarakat setempat terhadap penguasaan pelbagai bahasa, sekali gus memberi kelebihan kepada generasi muda dalam era globalisasi.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyokong kejayaan anak-anak, terutamanya dalam pendidikan.

“Ibu bapa pelajar bumiputera yang tidak tahu bahasa Mandarin, anda duduk sebelah anak sudah mencukupi kerana anak-anak ini sendiri akan mampu menguasai Mendarin.

“Pembelajaran dan kerja rumah (ulang kaji) anak-anak biar guru-guru mereka yang melakukannya,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian dalam ucapan majlis perasmian Sukan Tahunan Gabubgan Ke-13 SJK Chung Hua Sibuti dan Tadika Sibuti di Padang Majlis Daerah Subis, di sini, hari ini.

Tambahnya, kebolehan anak-anak bergaul, berkomunikasi dan menyuarakan pandangan turut wajar diberi perhatian.

“Kalau dulu di zaman kami tidak boleh cakap dan tutup mulut duduk diam.

“Sekarang pelajar digalakkan bercakap lebih lagi daripada cikgu, kita dengar pandangan pelajar dalam berbahas,” jelasnya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga SJK Chung Hua Sibuti, Kaunselor Sim Soon Wian, Guru Besar SJK Chung Hua Sibuti Tiong Yieug Nee, Penghulu Masta Dris dan para ibu bapa.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Timbalan Menteri M-FICORD tinjau projek padi organik di Lawas
Next: MBKS gesa tindakan segera isu penutup lubang pembetung hilang di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.