Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelaburan strategik lahirkan generasi berilmu dan berkemahiran
  • WILAYAH

Pelaburan strategik lahirkan generasi berilmu dan berkemahiran

Utusan Sarawak 15 hours ago
MOHAMAD Shafizan Kepli merasmikan Program Perkampungan Ilmu SMK Pusa dekat sini semalam. Foto: Mohamad Shafizan Haji Kepli

PUSA: Program Perkampungan Ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa berlangsung meriah semalam dengan pelbagai pengisian bermakna demi memperkukuh persediaan pelajar menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli yang hadir merasmikan program tersebut turut menyempurnakan penyerahan 35 unit peranti digital, insentif SPM kepada 66 penerima, serta sumbangan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SMK Pusa bagi menyokong penganjuran program dan aktiviti sekolah.

Menurut beliau, program ini adalah sebahagian daripada usaha Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar melibatkan empat sekolah menengah di kawasan tersebut. Inisiatif ini bertujuan memberi dorongan akademik dan moral kepada pelajar menjelang peperiksaan utama.

“Penyerahan peranti digital ini adalah langkah penting bagi menyokong aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), memastikan generasi muda Sarawak menguasai literasi digital sebagai kunci kejayaan masa depan,” jelasnya.

MOHAMAD Shafizan Kepli merasmikan Program Perkampungan Ilmu SMK Pusa dekat sini semalam. Foto: Mohamad Shafizan Haji Kepli

Mohamad Shafizan berkata, insentif SPM pula merupakan tanda penghargaan kepada usaha gigih pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang. 

Sumbangan ini katanya lagi dilihat sebagai pelaburan strategik bagi melahirkan generasi berilmu, berkemahiran tinggi dan berdaya saing demi kemajuan komuniti serta kesejahteraan negeri.

Mohamad Shafizan turut mengingatkan pelajar agar terus berusaha, menjaga disiplin, dan mengamalkan semangat kerjasama demi mencapai kecemerlangan.

“Setiap kejayaan adalah titik permulaan kepada pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang. 

“Kepada semua pelajar khususnya teruskan usaha, tingkatkan disiplin dan semangat kerjasama. Bersama-sama, kita mampu mengangkat nama sekolah ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM395,500 diberi kepada pertubuhan akar umbi di Parlimen Igan
Next: 37 pertubuhan terima cek berjumlah RM301,600

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.