Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pelaburan strategik ekonomi mampan
  • TEMPATAN

Pelaburan strategik ekonomi mampan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Senator Dato Ahmad Ibrahim (gambar) menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 sebagai satu pelaburan strategik yang bukan sahaja menampung kekurangan perbelanjaan, tetapi juga memastikan kesinambungan dasar, pemulihan ekonomi, serta kestabilan fiskal negara dalam menghadapi cabaran global.

Menurutnya, Malaysia perlu memahami konteks ekonomi dunia yang masih dalam fasa pemulihan pasca pandemik, dengan rantaian bekalan yang belum stabil serta tekanan inflasi akibat krisis geopolitik dan dasar monetari negara maju.

“Kita turut menyaksikan kesan langsung dari perang di Ukraine, ketidakpastian di Timur Tengah, dan dasar luar Amerika Syarikat yang tidak konsisten.

“Semua ini memberi tekanan kepada Ringgit, kos sara hidup rakyat, serta daya saing ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perbahasan RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam ucapannya, peruntukan tambahan ini amat kritikal dalam sektor kesihatan, pendidikan, keselamatan, serta infrastruktur.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa setiap sen yang dibelanjakan mesti diurus dengan akauntabiliti dan ketelusan.

“Kita tidak boleh terus menormalisasikan kelewatan projek, lebihan kos, dan kelemahan tadbir urus yang saban tahun dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. 

“Setiap perbelanjaan perlu diawasi dengan mekanisme pemantauan yang ketat,” tegasnya.

Dalam usaha memperkukuh ekonomi negara, beliau turut menekankan kepentingan memastikan pembangunan yang lebih inklusif, khususnya bagi Wilayah Malaysia Timur.

Katanya, Sarawak dan Sabah mempunyai potensi besar dalam sektor tenaga hijau dan pusat data, yang memerlukan sokongan pelaburan strategik.

Dalam pada itu, beliau berharap agar RUU ini bukan sekadar pelengkap fiskal, tetapi menjadi alat pembangunan yang mampu memberi impak jangka panjang terhadap pertumbuhan negara.

“Rakyat tidak menuntut kesempurnaan, tetapi mereka mahu melihat kesungguhan, keikhlasan, dan ketegasan dalam pelaksanaan amanah ini. Saya menyokong Rang Undang-Undang ini dengan harapan ia benar-benar membawa manfaat kepada rakyat dan negara,” katanya.

Continue Reading

Previous: Kerajaan salur RM2.8 juta bantu mangsa bencana di Sarawak
Next: Isu projek tertangguh di Sarawak akan dibincangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.