Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Pelaburan Sarawak dalam Affin sokong pembangunan ekonomi mampan
  • BISNES

Pelaburan Sarawak dalam Affin sokong pembangunan ekonomi mampan

Utusan Sarawak 2 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-50 Affin dan Makan Malam Tahun Baharu Cina di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, hari ini. Foto UKAS

KUALA LUMPUR: Pelaburan strategik kerajaan Sarawak dalam Affin merupakan langkah berwawasan bagi membina sinergi kewangan jangka panjang, sekali gus memperkukuh ekosistem pembiayaan yang mampan dalam menyokong agenda pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak telah mengambil satu langkah strategik pada 2024 dengan menjadi pemegang saham tunggal terbesar Affin yang merupakan inisiatif pertama seumpamanya di Malaysia dan tidak dibuat atas dasar simbolik.

Menurut beliau, langkah tersebut bertujuan membina platform kewangan yang lebih kukuh serta mewujudkan sinergi dengan institusi perbankan yang mantap dan berkeupayaan, selaras dengan usaha Sarawak untuk meningkatkan potensi ekonominya.

“Langkah ini diambil kerana pembangunan bukan sekadar memerlukan aspirasi, tetapi menuntut keupayaan pembiayaan yang boleh diyakini, akses kepada modal yang tepat pada masanya, keputusan yang jelas serta pelaksanaan yang berdaya tahan dalam apa jua keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-50 Affin dan Makan Malam Tahun Baharu Cina di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Sementara itu, Premier Sarawak menambah, agenda pembangunan negeri tersebut tidak hanya bergantung kepada satu bentuk pembiayaan, sebaliknya memerlukan satu spektrum yang menyeluruh.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun ke-50 Affin dan Makan Malam Tahun Baharu Cina di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, hari ini. Foto UKAS

Jelas beliau, seiring kemajuan Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), Affin berada pada kedudukan yang strategik untuk terlibat dalam pembiayaan yang memperkukuh kapasiti ekonomi sebenar serta menyokong pertumbuhan mampan jangka panjang.

“Pasaran juga telah mengiktiraf peningkatan kekuatan Affin apabila Moody’s mengesahkan penarafan kredit antarabangsa kukuh Kumpulan pada A3 serta menaikkan penarafan kendirinya kepada Baa2.

“Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan yang tinggi terhadap Affin dan membuka laluan kepada pembiayaan yang lebih kompetitif, sekali gus memperkukuh peranannya dalam menyokong ekonomi dan memacu pertumbuhan masa hadapan,” katanya lagi.

Mengulas kedudukan Affin, Premier Sarawak berkata, kedudukan serantau Affin juga semakin mendapat pengiktirafan apabila disenaraikan dalam ‘Fortune Southeast Asia 500’ buat tahun kedua berturut-turut, membuktikan bahawa Affin merupakan institusi Malaysia yang semakin relevan dalam persekitaran serantau yang kompetitif.

“Pengiktirafan ini penting kerana kedudukan yang lebih kukuh akan meningkatkan keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, menyokong sektor-sektor produktif dan memperluas akses kepada pembiayaan yang bertanggungjawab.

Hadir sama Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato’ Agil Natt, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah dan tetamu kehormat lain.

 -UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Menara Affin jadi pemangkin keupayaan institusi kewangan moden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.