Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau dan AI – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak di landasan tepat kuasai teknologi hijau dan AI – Abang Johari

Utusan Sarawak 2 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan Pertukaran Dokumen PPA antara SEB dan OCI Terrasus. Foto UKAS

BINTULU: Sarawak kini berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai peneraju teknologi hijau dan pembangunan cip kecerdasan buatan (AI) serantau, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, gabungan kekuatan dalam tenaga boleh diperbaharui dan pelaburan strategik dalam sektor semikonduktor meletakkan Sarawak dalam kedudukan unik dan kompetitif untuk memenuhi permintaan global terhadap bahan hijau dan berteknologi tinggi.

“Sarawak mempunyai 70 peratus tenaga elektrik daripada sumber hidro dan kita sedang teroka potensi solar termasuk solar terapung di empangan.

“Gabungan ini membolehkan kita menyokong industri dengan tenaga bersih serta menghasilkan bahan mentah yang boleh diiktiraf sebagai produk hijau bertaraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Loji Polysilicon Gred Semikonduktor oleh OCI Tokuyama Semiconductor Materials Sdn Bhd (OTSM) di Taman Perindustrian Samalaju di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari, loji tersebut bakal menghasilkan polysilicon berketulenan tinggi, bahan kritikal yang digunakan dalam industri semikonduktor seperti telefon pintar, kenderaan elektrik, pusat data dan teknologi AI.

Tambah beliau, Sarawak sedang membangunkan firma Pembuatan Semikonduktor Sarawak dan bekerjasama dengan institusi akademik di Cardiff, United Kingdom untuk membangunkan cip kuasa AI berskala.

“Kita sedang menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan cip AI buatan Sarawak sendiri dan berharap dapat mendaftarkan harta intelek (IP) antarabangsa menjelang hujung tahun ini,” jelasnya.

Beliau menegaskan, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha menjadikan Sarawak pemain utama dalam rantaian bekalan global semikonduktor, selaras dengan Rangka Kerja Strategik Semikonduktor Sarawak.

“Pelaburan dari syarikat antarabangsa seperti OCI dan Tokuyama menunjukkan keyakinan terhadap kestabilan politik, kekuatan tenaga hijau dan hala tuju jangka panjang Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi serta Pengerusi OCI Holdings dan OCI Terrasus, Woohyun Lee.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Op Kesan 4.0: 37 premis diperiksa, keadaan terkawal di Sarawak
Next: Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.