Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pelabuhan Tianjin mahu berkembang ke Asia Tenggara, sasar 3.2 juta TEU
  • GLOBAL

Pelabuhan Tianjin mahu berkembang ke Asia Tenggara, sasar 3.2 juta TEU

Utusan Sarawak 9 hours ago
PELABUHAN Tianjin di China, yang diiktiraf sebagai pelabuhan sifar karbon pertama di dunia, menyasarkan pengembangan laluan kargo ke Asia Tenggara dengan matlamat pengendalian 3.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2025. 

TIANJIN:  Pelabuhan Tianjin di China, yang diiktiraf sebagai pelabuhan sifar karbon pertama di dunia, menyasarkan pengembangan laluan kargo ke Asia Tenggara dengan matlamat pengendalian 3.2 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) pada 2025. 

 Langkah strategik ini merupakan sebahagian daripada wawasan yang lebih luas untuk meningkatkan hubungan serantau dan perdagangan hijau di bawah inisiatif Jalur dan Laluan China.

Pelabuhan itu telah menunjukkan pertumbuhan yang mengagumkan iaitu dari 2.83 juta TEU pada 2023 kepada 23.29 juta TEU tahun lepas.

Pengurus Pengurusan Operasi Pelabuhan Tianjin, Feng Miao berkata jumlah perdagangan ke Asia Tenggara terus melonjak seiring dengan rangkaian perkapalan maritim dan kontena yang semakin bertambah di rantau ini.

“Kami sekarang mempunyai banyak laluan langsung ke Bangladesh dan Asia Tenggara. Salah satu kapal di sini sedang dalam perjalanan ke rantau tersebut,” katanya kepada Bernama semasa lawatan tapak ke Pelabuhan Tianjin baru-baru ini.

Bagaimanapun, Feng tidak mendedahkan angka rasmi mengenai saiz penghantaran semasa ke rantau berkenaan.

Pelabuhan Tianjin telah disahkan sebagai karbon sifar oleh Persatuan Klasifikasi China pada 2022, menandakan pencapaian global pertama untuk industri logistik maritim. 

“Semua peralatan, sistem pengangkutan dan kemudahan sokongan di sini dikuasakan sepenuhnya oleh elektrik yang dihasilkan dari sumber yang boleh baharu seperti solar dan angin,” katanya sambil menekankan peralihan pelabuhan itu daripada tenaga berasaskan arang batu.

Pelabuhan itu mula memasang panel solar dan turbin angin pada 2001 dan berjaya menyelesaikan infrastruktur tenaga bersihnya dalam masa setengah tahun. 

 Hari ini, sistem tersebut telah beroperasi sepenuhnya, dengan dua turbin angin menghasilkan 5,863 kilowatt-jam setiap tahun.

Feng berkata peralihan itu adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya untuk inovasi mesra alam yang telah meletakkan Tianjin bukan sahaja sebagai hab logistik tetapi juga sebagai model untuk pembangunan lestari. 

Terletak di pantai timur laut China, Pelabuhan Tianjin mengendalikan tiga dermaga kontena, masing-masing mampu menampung kapal-kapal seberat 200,000 tan.

Pesisir pantai operasi pelabuhan itu merentangi sejauh 1,100 meter, dengan kawasan terminal yang merangkumi 750,000 meter persegi. 

Dengan lebih daripada 800 pelabuhan di 200 negara yang berhubung dengannya, Pelabuhan Tianjin memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan serantau dan global, termasuk di seluruh Asia Tenggara.

Selain kemampanan, pelabuhan itu juga telah membuat kemajuan yang signifikan dalam kecekapan operasi melalui teknologi automasi dan pintar. 

“Sistem kami kini tujuh kali lebih cekap termasuk mampu mengurangkan keperluan buruh sekitar 20 peratus berbanding pelabuhan dengan skala yang sama,” kata Feng.

Beliau menjelaskan operasi pelabuhan itu diuruskan dengan penggunaan teknologi yang dibangunkan dalam negara, mengintegrasikan kecerdasan buatan, data besar dan sistem logistik pintar, yang membolehkan pengoptimuman pergerakan kontena, pengurangan masa henti serta penyelenggaraan kitaran pemulihan yang lancar. – Bernama

Continue Reading

Previous: Iran – Israel setuju gencatan senjata, umum Trump
Next: 19 orang terperangkap dalam kereta kabel di Austria akibat cuaca buruk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.