Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pelabuhan laut dalam di Miri dijangka siap dua tahun lagi
  • Utara
  • WILAYAH

Pelabuhan laut dalam di Miri dijangka siap dua tahun lagi

Utusan Sarawak 1 month ago
BERI PENJELASAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa berucap pada majlis Hari Raya bersama pemimpin tempatan anjuran Persatuan Melayu Miri di Stadium Tertutup Miri, hari ini.

MIRI: Sebuah pelabuhan laut dalam di utara Sarawak dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang sekali gus merancakkan lagi aktiviti import dan eksport di Miri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata demikian pada majlis Hari Raya bersama pemimpin tempatan anjuran Persatuan Melayu Miri di Stadium Tertutup di sini, hari ini.

Menurut beliau, pelabuhan tersebut akan meningkatkan ekonomi negeri dengan ketara melalui peningkat peningkata perdagangan apabila ia siap nanti.

Beliau menekankan bahawa pelabuhan tersebut akan menjadi satu-satunya pelabuhan seumpama yang terletak jauh di luar pesisir di perairan laut dalam.

“Keputusan strategik itu bertujuan menyediakan perkhidmatan optimum kepada pelabur dan perniagaan yang beroperasi di Miri.

“Pelabuhan itu bukan sahaja bersedia untuk memudahkan aktiviti import dan eksport di Miri tetapi juga akan menarik kapal persiaran yang membawa antara 2,000 dan 3,000 pelancong pada satu-satu masa,” katanya.

Sementara itu, ia juga dijangka menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan di utara Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Residen Bahagian Miri Galong Luang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii Siew Sang serta tetamu kenamaan lain.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PUSAKA serah 500 anak buluh kepada komuniti Bidayuh di Puncak Borneo
Next: Mangsa banjir belum terima bantuan kewangan diharap bersabar – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.